Mendapat panggilan stesen kerja di bangunan tidak dapat beroperasi dengan baik dikala operator sibuk dengan borang - borang permohonan. Masalah segera dihadiri bagi memudahkan kerja - kerja pengurusan bangunan.Puas menguji perisian sistem kawalan namun tak berhasil. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Siasatan harus dilakukan dengan pantas.
Anda percaya atau tidak bahawa kabel gentian optik mempunyai perisa yang digemari tikus? Percaya atau tidak setelah berulang naik turun menara berkembar ini menemukan kabel gentian optik telah digigit dengan seleranya oleh sekumpulan tikus yang digelar 'tikus CFCR'. Betapapun lapar janganlah sampai perkakasan sistem kawalan menjadi alas perut. Sesuatu yang diluar dugaan. Terpaksalah memohon kebenaran pelanggan untuk mengeluarkan arahan penggantungan operasi gabungan sistem kawalan dan sistem kebakaran dan memulakan operasi di bilik kawalan bawah tanah. Sememangnya satu tempat yang terasing dan sunyi
Rak suis rangkaian yang dipenuhi najis tikus CFCR membuktikan kehadiran secara jemaah puak mereka. Proses membaiki ini pastinya menelan kos yang banyak disamping masa yang panjang untuk mengupah kontraktor lain memandangkan kepakaran kami hanya dalam bidang kejuruteraan sistem kawalan dan sistem kebakaran. Tak mengapalah, asalkan semua perkara selesai. Segala lubang pada suis rangkaian telah ditutup. Semoga tempat itu tidak lagi menjadi penginapan tikus CFCR durjana itu.
ottantiff - Kejuruteraan Bangunan + Kawalan Perosak
No comments:
Post a Comment