Sunday 5 March 2017

Terowong

gambar ihsan google

Panjang sungguh lorong kehidupan ini. Seketika melalui lecah dan becak, ada juga jalan tar yang rata atau jalan jubin yang nampak cantik namun disebabkan kualiti tahap RM2.50 harus lah berhati- hati sebab licin. Satu masa ternampak ada terowong dihadapan. Nampak kelam dan sejuk. Perjalanan tetap perlu diteruskan. Teruskan melangkah dengan berhati- hati. Nampak tiada tanda yang lorong ini berpenghujung. Namun andai dihentikan langkah dan mengalah, pasti pencipta penghujung yang tak seronok. Tetap lah melangkah kerana yakin, terowong itu pasti ada penghujung nya.

ottantiff - masa sukar dan masa indah