Wednesday 4 December 2013

Banjir dan Kebanjiran

Dalam kesibukan dilaman - laman sosial dan kumpulan sembang watapps berbicara tentang banjir, berlaku pula kebanjiran tugas di meja kumpulan penyelenggaraan sistem kawalan bangunan menara berkembar yg terulung (atau sekurang kurangnya pernah menjadi) terulung di dunia.

Ketibaan bulan baru menyediakan satu tekanan untuk menyediakan laporan kerja bulanan). Dengan sahabat seperjuangan yang belum dapat kembali meneruskan kerana disekat oleh kenaikan air di lebuhraya LPT dan penyedian proposal untuk menaik taraf sistem kawalan di galeri seni serta kerja - kerja hakiki yang tak putus - putus menyebabkan kerja - kerja penyediaan laporan bulanan tertangguh dan makin tertangguh.

Walaubagaimanapun tugasan itu harus disudahi satu persatu kalau tidak dapat semua siap, sebahagian pun boleh lah. Hanya pada tuhan tempat memohon bantuan agar kepercayaan yang diberikan tidak hancur. Ameen ya Rab!

Sunday 6 January 2013

DX Delta Gear - Perpindahan

Ahli keluarga yang setia menemani alam cinta bakal dipindahkan ke tempat lain. Dengan karenah ragam yang minimum, namun itu tidak menjamin penjodohan berpanjangan. Semua yang ditaqdirkan adalah tertulis. Lagipun undang undang kerajaan Ottantiff tidak membenarkan perkhidmatan melebihi tujuh tahun. Namun beliau adalah kebanggaan. Dengan sifat yang lasak, kental, deras dan memahami, perkhidmatan yang digambarkan dengan kecekapan, keselamatan dan terjamin.

Tak kenal maka tak cinta. Namun cinta dunia manakan kekal. Itu semua pinjam pinjaman. Ya, walaupun bersifat ansuran. Namun jika harga diri melebihi nilai pinjaman, lucutkan sementara masih berharga. Kemalangan tak pernah diduga. Keuntungan datang bergolek. 

DX Delta Gear
Semoga dipermudahkan, ameen.

Kuda Tunggangan

Membela seekor binatang tunggangan baru yang bernama CBR ini tidaklah semudah yang dijangka. Kejutan pertama ialah proses mencuci perut binatang ini. 2 botol pelincir separuh sintetik dengan penapis pelincir sebesar puting susu Anakku menelan belanja hampir ratusan RM dengan langkau penyelenggaraan 3000km sekali selenggara. Apapun demi kelancaran perjalanan kerja seharian perkara sebegitu haruslah diutamakan.

Baru baru ini mekanik tetap binatang ini melaporkan ladam brek sudah haus dan hampir mencapai hayat penggunaan pada 20000km. Sepasang ladam menelan kos hampir RM300. Demi keselamatan dan longkang longkang besar lebuhraya yang tak ingin dilawati, sambil menelan air liur perkataan "tukar" itu terlancar jua dibibir.

Mekanik tetap itu juga memberi peringatan tentang tayar belakang yang sudahpun kehilangan bunga dan daun daun sekali. Amaran yang berbaur kos ini dengan minimum RM350 itupun berjenama Say Tan. Memang setan.

Itulah kejutan demi kejutan yang dibuat oleh mekanik tetap binatang tunggangan ini. Sedar diri perbezaan unta, kereta lembu dan kuda perang, mau tak mau perkara ini harus ditempuhi. Semoga di kehidupan akan datang, Buraq yang dijanjikan Tuhan  kepada hambanya yang beriman itu datang dengan pakej "Maintenance Free". Ameen.

2012 = 2013 kah?

Sudah beberapa jejak meninggalkan tahun masehi 2012 yang berakhir dengan dentuman bunga api dan perasaan hati yang berdebar - debar dengan kemungkinan lampu limpah menara berkembar Petronas padam disebabkan oleh ketololan perisian sistem kawalan bangunan yang tau hujung pangkal. Walaubagaimanapun tindakan pertahanan telah diambil utk mengelakkan kecuaian sistem yang masih tak reti - reti lagi membanding jam sistem dengan jam diri sendiri.
Sedang berada di Bilik Pusat Kawalan Kebakaran

Rakan sebilik hanya mampu menghela nafas pendek kerana pasangan bual nya hanya mampu mengiakan kalimat penyelia agar dua orang pekerja menetap di bangunan komersil pencakar langit sepanjang pesta tahun baru yang menyaksikan kebodohan muda mudi menari tak tentu arah hanya dalam air mineral tapi mabuk gila bak baru meminum satu gelen guinness stout wunglike nallerekek.

Masalah sistem ini masih belum mampu diselesaikan kerna selaku rakan yang sangat prihatin dengan masalah rakan - rakan lain yang tak reti - reti nak selidik sendiri setiap kelakuan sistem kawalan. Belumpun sempat jemari nan sempurna kurniaan tuhan ini menyentuh papan kekunci untuk menyudahkan laporan bulanan atau menyelidik kebengongan sistem ada saja pertanyaan yang perlu dilayan demi kerna tak mahu bertanggungjawab atas akibat setiap kegagalan yang bakal berlaku. 

usus inilah yang menanggung rasa
Bertugas sebagai ahli aplikasi kejuruteraan, servis dan kadang - kadang wakil penyelia membuatkan rasa seperti hamba abdi amat menebal dalam usus. Walaupun kedengaran suara "abang ni memang expert lah" tetapi nada itu terasa lebih sindiran dari penghargaan. Tetapi suara hati tidak akan kedengaran di telinga orang - orang yang mata hati nya tumpul. Hanya tahu meminta tanpa reti dan faham bila masanya untuk memberi.

Perangai akhlak seperti seolah bersifat sejagat. Pasti ada seseorang yang akan bekerja demi untuk menjaga kepentingan semua. Tapi lihatlah nanti. Apakah bila tiba masa untuk memohon pengorbanan balas, penerima akan ghaib lesap bak disapu angin lembut malam jam 0300 hrs waktu tempatan. 

Dalam menjalankan tanggungjawab seharian tak pernah bermain dalam minda tentang memohon kenaikan upah bulanan kerna rasa yakin kepada ketentuan rezeki yang telahpun ditetapkan oleh Tuhan. Walaupun begitu demi memenuhi tuntuan emosi rakan - rakan yang selalu bicara tentang gaji, rasa tak puas hati yang dibuat buat itu diluahkan bersama. Tidak berminat menjadi pengamal ajaran qadariah yang amat ditakuti, masuk neraka tak keluar - keluar. Semoga hati yang tak sunyi dari dosa ini disucikan sifat itu. Ameen.