Tuesday 14 January 2014

Cinta Lama

Di saat ni masih terngiang -ngiang di telinga puisi dari penutur syair cinta Aris Ariwatan bertajuk 'Lamunan Terhenti.'

    Entah mengapakah, hatiku bergetaran, kerna bertemu lagi oh kekasih lama. Ku cuba selindungkan api keresahan, namun perasaan ini berapi didalam...

...Terima kasih kepada rakan sebilik (isteri) kerana sudi mengalunkan kembali syair yang bergema di radio sekitar tahu 90-an dulu.

Waktu terluang yang ada dimanafaatkan oleh teman sebilik dengan aktiviti window shopping yang pada hakikatnya menelan kos ratusan RM (Window Shopping pebenda macam tu). Dari Gedung Home Deco, Romantica hingga ke Tesco Hypermarket, macam-macam lah yang dibeli nya. Tak lupa juga makan malam dengan masakan Thai di Ampang Galaxy.  Entah kenapa pelayan itu tersenyum apabila pesanan kangkung goreng disampaikan. Hei, kangkung memang kegemaran tradisi keluarga lah!

Waktu yang agak lewat, keputusan untuk mengakhiri aktiviti membeli belah dengan singgah di gerai hijab Syria. Leka memilih tudung Syria menyebabkan berlaku percanggahan haluan. Teman sebilik bersama Encik Hud menuju ke petak letak kereta kerna menyangkakan yang lain sudah pun menunggu di dalam kereta. Dan berlakulah pertemuan dengan cinta lama. Apa lagi berkejaran lah beliau mencari teman nya untuk dipertemukan kembali. Sungguh terkunci bibir apabila dipertemukan semula dengan nya...
















... Arrr, memang tak terkata.

ottantiff - ...

Monday 13 January 2014

WatApps dengan Akhlak Mazmumah

Dijemput untuk menyertai kumpulan sembang ApeHalBeruk (WatApes) jemputan diterima dengan hati gummmmbira. Maklumlah kawan-kawan lama di universiti dahulu. Itu tandanya ada kawan - kawan yang ingat. Oh ya, kumpulan sembang ini memberi nama Mantan Lasykar Sejahtera dan berjaya mengumpulkan sekitar lima puluh orang ahli. Ada diantara mereka sudah pun berumahtangga sesama sendiri. Huh sudah tentu muslimin dan muslimat yang berkahwin.

Memulakan sembang dengan salam taaruf yang nyata menampakkan yang mereka sebenarnya dah lupakan orang - orang yang tak penting (>> tak penting<<), khabar beredar disekitar bekas - bekas pimpinan kampus dahulu. Tak mengapa lah, selaku orang yang tak penting memang lah tak penting. Malah sapaan khabar tak terbalas pun. Memang tak penting pun. Lagi lah di pihak muslimat memang tak wujud terus pun (ha ha ha).

Pemanas ruangan sembang sudah tentulah kisah politik dipihak yang tidak disukai. Masing-masing mengeluarkan pendapat, dalil dan nas dari quran sunnah ijmak serta fatawa saudi azhar pakistan dan ulamak nusantara. Berbekalkan bacaan dari facebook dan diskusi dengan kawan-kawan jahil ditempat kerja, perbincangan mereka dicelah juga. Tak mahu ketinggalan dalam situasi politik terkini. Tapi setiap celahan menampakkan yang betapa tertinggalnya dalam arus politik terkini. Heh!

Tapi dalam reramai itu ada pulak seseorang mamat (yang dianggap junior) terlebih beri idea. Abang - abang senior yang merasa mereka dah terlalu lama dalam dunia politik seakan tercabar kerana seolah setiap hujah mereka dipatahkan. Tercabar dengan sikap mamat hizbut tahrir, akhirnya mamat tu dikeluarkan dari laman sembang atas alasan provokasi. Tak apa lah, itu hak admin dan 'jawatankuasanya'.

Dalam pada itu tempias turut terasa apabila cuba bertanyakan sesuatu persoalan di dalam laman sembang. Disangkakan mereka semua itu ahli dalam ilmu agama (berdasarkan hujah dan debat agama yang mencakupi perbincangan di peringkat pemikiran tertinggi) akhirnya mendapat jawapan : bahawasanya si bahalul akan menggunakan bahasa boombastic ,dan menghina orang yang bertanya demi mendapatkan keagungan diri. Dan apabila terdedah kelemahan diri hanya satu kalimat pendek terucap,

             "maaf jika buat kamu tersinggung."

Lantas keluar dari kumpulan sembang. Uh, betapa mudahnya. Menyimpan hasrat untuk mematahkan beberapa tulang rusuk sebelah kirinya (paksi khayalan), hasrat itu pudar apabila mengenangkan isterinya yang bersungguh mempertahankan tindakan suaminya. Tak mengapalah, budak-budak memang macam tu. Masih kecil dan perlu banyak bersabar.

Mungkin apabila tiba ketikanya, keputusan untuk keluar dari kumpulan sembang ini akan di ambil. Menjadi pihak yang mendengar sahaja sedangkan pihak yang disana tidak mendengar tidak membuatkan rasa berada di dalam "jemaah". Kerna jemaah itu senantiasa ramai dengan pemimpin yang tunggal.

Ottantif - Bukan Pimpinan, Tidak Popular. 

Politik Kampus vs Politik Luar

Setiap manusia pasti (atau mungkin tak) cenderung untuk mempunyai pendirian politik. Sama ada berada di pihak pembangkang atau pihak pemerintah. Dengan pendirian bersifat kebangsaan, keagamaan atau di pihak ideologi yang entah dari mana datangnya ideologi (aduhai, tak larat nak membaca kaji) pastinya akan menegakkan pendirian yang dipegang oleh kumpulan mereka. Sampaikan sanggup dalam sedar atau tidak melukakan hati saudara mara kawan-kawan atau pun orang lain yang bersama mereka.

Pernah beberapa kali terguris hati dengan kata-kata  kasar ahli kumpulan parti yang disokong tidak mematahkan sokongan kepada parti yang itu, kerana sedar mereka pun bukannya sesiapa pun. Malah tahu pun ada diantara mereka yang melabelkan diri mereka 'pejuang' walaupun hakikat mereka cuma tahu beberapa kalimat arab seperti ana dan anta  saja.

Gerak kerja kumpulan itu mula dibentuk semenjak berada di kampus lagi. Tidak mahir dengan ilmu islam, malah  tidak dipandang pun oleh pimpinan menyebabkan sumbangan tenaga hanya tertumpu kepada aspek teknikal sahaja.  Wah betapa besarnya cinta dan takut itu. Dengan ancaman api neraka dan ganjaran syurga yang dibawahnya mengalir sungai- sungai, terbentuk lah ukhwah dengan harapan akan berkekalan hingga ke syurga. Tidak tahu bagaimana boleh terpilih untuk meyertai kumpulan itu, malah melangkaui syarat seperti mesti menyertai usrah, perjumpaan jemaah, beberapa siri tamrin dan program - program khas. Jemputan untuk tinggal bersama di rumah jemaah dipenuhi. Dengan harapan dapat bersama dengan satu kumpulan yang tawadduk, zuhud, beriman, sentiasa beribadah dan kuat belajar (elektronik susah woo). Walaubagaimanapun apabila berakhirnya pengajian, perlahan - lahan mengundurkan diri dari penggabungan dengan mereka kerana nampak benar sanjungan mereka hanya kepada kepimpinan atasan sedangkan yang kecil tidak berjawatan dipandang sebelah mata (atau tak pandang pun).

Apapun doa dipanjatkan semoga rakan-rakan di luar sana semoga tetap sihat, ceria dan aktif dalam bidang masing - masing. Ameen.

ottantiff - ikhlas tapi rumah jauh