Tuesday 31 August 2021

Cinta itu tawa dan tangis

Angel memang suka bisnes. Punya lah dia suka bisnes sampai kadang2 masa dalam kereta dia senyap tengok phone. Pergi melancong dalam bilik hotel tengok phone. Kat rumah cuti tengok phone. Balik kerja tengok phone. Ye lah sales bulanan sampai ribu ribu kan. Biarkan saja sebab itu kesukaan dia. Lagipun nanti dia payung makan, beli baju  dan mewahkan anak anak.

Support angel
Tapi ada satu tahap tu aku mula rasa fedap dan boring sebab kalu tak tengok phone, dia citer pasal bisnes. Mula rasa macam melampau. Dan dah mula buat benda sama - phone. Tgk facebook dan layan ehem2 ... Review filem lah!

Tahu sangat yang dia buat untuk keluarga. Patut dihargai dan sanjung. Tapi keluarga ni memang dibina dengan material saja ke? Kena duit banyak ke nak bahagia.?

Tapi bila ditengok situasi hidup sekarang, memang sapa cakap duit tak boleh beli kebahagiaan memang kena cekik. Sebab angel dah buktikannya. Tak cukup duit nak bayar road tax, angel tambah. Nak beli Starbuck tengah bulan, angel belanja. Kasut lari dah koyak, angel belikan. Dan memang rasa bahagia sangat hahahah. 

Jadi patut tahan atau biarkan angel berniaga? Jawab lah sendiri. Malas nak ulas. 

ottantiff - cuba jual juga tapi tak laku 

Kalah dalam menang - Jimat Vs Jimak

Jenis perangai memang seboleh2nya tak mahu ada dua kereta sebab parking space rumah yang sempit (tak nak lah park kereta kat luar) dan taknak tambah komitmen bulanan. Angel dah banyak kali gesa2 untuk beli kereta satu lagi sebab dia risau pinggang hubby kesayangan nya makin rosak sebab long distance ride. Nanti malam - malam tak bole perform (omaigod???).  Memikirkan sebab kata beli kereta memang mampu tapi nak hadap jem dan bayaran tol pergi balik hampir rm20, uish tak sanggup. Itu belum cerita parking wisma sentral yang belum tentu kompeni nak bagi pass bulanan nya, boleh dapat ke? 

Hitam kiri aku punya

Tapi kemuncak tahun 2018 pada malam raya haji akhirnya terambil jugak kereta Axia warna hitam. Pasang strategi - park dekat Putra Height dan naik LRT sejam suku. Guna touch and go, dpt diskaun banyak. Tak memgapalah daripada asyik seksa pinggang, baik lah belanja sikit. Kereta extra pun dapat. Jimat itu bukan saja duit. Sihat pun jimat juga kan? Tak pergi hospital, jarang ambil MC pun jimat kan?

ottantiff - Demi Jimat dan Jimak

Intern yang comel - innalillahi wa inna ilahi rojiun

 Selaku seorang jurutera perkhidmatan, pernah ditugaskan untuk mengendalikan 3 budak praktikal yang cun - dua orang melayu dan satu orang india. Tiga2 cun tapi jenis kan lurus dengan tugas maka tak terjadi lah sebarang percintaan. 

Salah seorang tu nama nya Nurhazirah Tahir atau dipanggil gelaran dia Iera. Sebelum masuk praktikal dia didiagnosis dengan satu penyakit bernama systemic lupus epidermis.ang awal2 praktikal dia down tapi dek kerana ada kawan seorang isteri nya ada kes sama tapi sihat elok saja maka dia pun semangat lah nak terus praktikal. 

Lucu tengok kawan2, semua pakat nak cuba dapatkan hati nya termasuk yang dah kahwin tapi sebab dia ni macam matang sikit maka dia layan elok dan pandai tolak. Bujang pun dia tolak juga alahai kasihan betul. 

Sarung tgn aku tu wei
Tapi kan Iera ni walaupun tak kerap berbual dengan dia tapi dia suka ajak  temankan dia lunch, breakfast dan berbual pasal kerja dan pelajaran dia. Memang dengan tak fikir apa layan baik lagipun dia comel, sopan dan matang. Ada juga dia ajak carpool dengan dia dan kawan nya Ety ke South Gate pastu nangis2 ngadu phone mahal dia jatuh pecah. Apa boleh buat, tenangkan sahaja lah sebab phone baru beli kan. 


Tak lama lepas tu kawan dia Ety bagitahu Iera suka kat Abang Wan sebab Abang Wan macam bekas pakwe dia dulu, siap tunjuk gambar pakwe nya eh memang serupa lah adoi. Tapi biar lah, biasa lah budak2 suka abang2 senior kan. Lagipun dia tak berani sebab sejenis manusia yang cakap lurus je kan. 

Iera (kiri) dan Ety (kanan)
Tapi lepas praktikal masih teks tanya khabar. Masih datang KLCC bila cuti nak jumpa tapi ajak Ety sekali lah. Iera kerja kat Wangsa Maju dan Ety sambung belajar kat UTTHM. Iera pun dah kahwin dengan rakan Politeknik. Alhamdulillah, dia move on juga kan. Tapi tak pergi pula majlis nya tak tahu lah kenapa. Balik kampung agaknya. Dia nampak bahagia sangat dengan suami nya. 

Satu hari aku dapat berita dari Ety. Iera kembali ke rahmatullah sebab sakit SLE. Aku terkejut sangat. Allahu, tak terkata. Semoga Allah ampunkan dosa Iera dan masukkan dia ke dalam syurga. Alfatihah. 

ottantiff - budak baik, cepat pergi. 

Generasi baru

 Team BCS operation, service and maintenance yang pada mula nya disertai oleh geng2 70an perlahan2 melangkah keluar dari kumpulan klcc. Ada yang pindah site, dapat offer baru yang okay dan ditawarkan jawatan tinggi. Tapi tiada seorang pun yang menyertai KLCC. Tersedar tiba masa, cerah harapan kena jadi pemimpin mereka sebab prestasi dan pendidikan. Dan apabila masa itu sampai, terperasan pula - group lama tinggal Zamri saja. Rossihan diberhentikan. Zaid dan Munir ke Exxon Mobil. Segar ke service dept. Team baru - Ulfah, Azwan, Rozaidi, Hidayatt mereka memang taat setia. Zamri pula senior yang diberi kebebasan untuk bertindak dan jalankan projek. Ramli pula dibiarkan sebab pengalaman. 

Aktiviti kerja berjalan lancar tapi perasaan itu - makin lama makin lemau dgn rutin harian. Cuba bertahan, mula lah perlahan2 cari temuduga - sekadar nak test market. Generasi baru ni diorang memang laju dalam menyelesaikan masalah cuma masalah mereka ni jenis cepat sentap dan tak pandai handle stress. 


Tiba masa untuk keluar dari sana, hanya Ulfah dan Zamri jer yang tanya khabar. Yang lain tak ada pun nak text atau call. Entahlah selama ni layan macam kawan2 jer tapi diorang memang anggap polisi kejam dan keras atau bossy, wallahu a'lam.

Tapi tak nak fikir atau kecil hati sebab tau diorang pun struggle dengan kehidupan. Harap satu hari nanti aku boleh jumpa balik dan bergelak ketawa. Oh sungguh rindukan korang semua, serius. Tapi keadaan tak mengizinkan untuk berlama - lama di sana. Client makin hari makin hilang, client yang ada makin lama makin kasar perangai. Menekan dengan pelbagai polisi baru. Baik lah cari udara baru, kan?

ottantiff - berubah sebelum diubah

Thursday 26 August 2021

Rival cinta lama

 Sudah tiga tahun melayari bahtera rumah tangga. Angel tinggal di asrama sebab tak mahu tanggungjawab sebagai isteri mengganggu kemajuan pelajaran nya. Seminggu sekali menjemput pulang ke rumah sewaan di Cheras. Alhamdulillah, bahagia sangat dengan nya. Sabtu ahad pergi supermarket minum kopi Keluang di Tesco. 


Suatu hari, dikejutkan dengan satu email dari.. kekasih lama yang pernah menjadikan insan sepi ini pilihan kedua atau ketiga nya. Dia berhasrat nak menyambung kembali hubungan sebagai 'kawan.' Terasa macam tak salah pun tapi nada nya  semacam dan lain. 

Tidak mahu terburu buru, terus menjalankan siasatan dulu. Akhir nya dapat jawapan yang mengejutkan - dia dalam proses menuntut fasakh dari suami nya penagih dadah dan kerap mencederakan dia. Oh ya, dilabel kan sebagai budak baik dan tak pukul orang jadi memang sesuai untuk letak bekas kekasih nya dari nombor tiga ke nombor satu. 

Cinta kepada dia masih membara tapi demi cinta sejati kepada isteri, segera nyatakan keengganan untuk menyambung kembali hubungan 'kawan' sebab risau jika tak dapat kawal emosi, isteri jadi mangsa. Lagi pula isteri kan tak tinggal bersama, panjang pula langkah aku nanti. 

Alhamdulillah bekas kekasih faham dan dia undur diri dari hidup sepenuh nya. Betul punya undur diri, tak tinggal jejak pun. 

Entah lah tak tahu apa jadi dengan nya sekarang sebab dia diceraikan dgn ada 3 anak dan sekarang pun dia dah sampai umur pencen tentera. Mmm...  rasa dia dah pindah ke Kota Bharu atau Pasir Mas. Wallahu a'lam. 

Dalam hati kecil yang nakal ini terasa hmmm padan muka kau sebab suka suka mainkan hati orang. Tapi di sebalik hati nakal ini aku bersyukur kita tak sampai ke pelamin dan bersama sebab... Agak nya kita lah yang berpisah itu kan? 

ottantiff - seorang sudah lah

Cinta lama - tak ingin lagi diungkit

Mengahwini seorang gadis yang yatim piatu, susah juga untuk cuba menepis tanggapan yang memilih dia kerana kasihan, bukan nya sebab cinta. Elemen penting yang menjadi kriteria angel ialah bijak, matang, manja dan lembut (cantik tu takyah sebut lah hahah). Tatkala majlis hampir berlangsung, kadang - kadang ikut sama menghantar kad jemputan ke rumah saudara mara dan kawan kawan ibu dan abah. Ada juga masa bawa sekali isteri (masa tu tunang lah) sebab nak bagi dia kenal ini pakcik itu dan makcik ini. Alhamdulillah berjalan lancar. 

Tapi masa bawa ibu abah dan dia ke Pasir Mas rumah Pak Ngah dan Makcik Nah jiran aku, tak semena mena aku terjumpa balik kekasih lama dan keluarga nya di rumah nya sebab kekasih lama tu bertalian saudara dengan  Makcik Nah. Tak perasan pun tapi bila ibu perkenalkan ini tunang abang, Makcik Nah kata kat bekas kekasih ini bekas tunang abang. Ya Allah, sedih nya angel sebab dia rasa seolah olah dia pilihan ke dua. 

Benda ini tak berbangkit pun sehinggalah dah bersama dgn isteri hampir beberapa tahun bila dia kisahkan kembali dan tanya apakah dia pilihan ke dua. Memang kena jelaskan kepada angel tentang kisah sebenar nya. Alhamdulillah angel faham dan dia simpati kepada. Memang tak letak dia di nombor kedua pon, walaupun dia bukan kekasih aku yang pertama. Chewah. 

ottantiff - ada apa dengan nombor, tak ada hadiah pun

Sunday 22 August 2021

Jurutera tanpa ijazah?

Betul - betul sebulan sebelum melangsungkan akad nikah, terkejut dengan surat tawaran lantikan jurutera servis. Perlantikan yang berlaku secara tiba - tiba itu, menafikan beberapa lagi orang yang lebih senior membuatkan hati memang tergamam. Tapi dengan elegen terima dengan hati terbuka sebab ada kenaikan gaji yang rasanya, memang banyak lah. Berpendapat, ini rezeki kahwin. Tapi apa yang tak sedar dan terfikir ialah tanggungjawab yang datang dengan jawatan ni. 

Jurutera bukan satu jawatan main - main. setiap masalah mesti didatangkan dengan penyelesaian secara kejuruteraan. tapi agak beruntunglah sebab client kompeni aku, pengetahuan tentang control adalah lebih rendah. Dan dengan pasukan yang diketuai oleh manager dan supervisor yang sangat pandai dan tahu nak atur cara menyelesaikan setiap masalah yang diutarakan. 


Tapi tak bolehlah biarkan diri berterusan jadi jurutera tanpa ijazah. Senyap-senyap ambil ijazah sarjana muda elektrik kuasa secara separuh masa di UTM SPACE bermula dari tahun 2010 dan berakhir 2016, dan berjaya konvo. Berkat doa ibu abah isteri, sokongan kawan kawan, bos dalam tyco dan sedikit usaha, alhamdulillah aku Allah izin sempurnakan ijazah bersama kawan kawan yang sama masuk air hahahah.

Teringat masa nak hantar final year project, dapat pula supervisor direct degree-master-phd yang tak tahu lah ada pengalaman industri. setiap apa yang dipersembahkan, dia kagum saja. Lagipun dengan resources yang digunakan pinjam KLCC bernilai dekat RM100k, memang mahu dia tak kagum. Dengan panel-panel pemeriksa pun terkaku tengok presentation yang rasa nya tak ada nilai akademik langsung. Entah lah hahaha. Tapi serius lah semua ini asli, buat sendiri dan tak upah sesiapa pun. Segar dari ladang kata iklan susu. 

ottantiff - belajar itu proses yang tak ada hujung

Kerja senang, gaji mahal

Julai 2005 adalah tahun terakhir berkhidmat bersama Metronic Global. Berkhidmat didalam organisasi yang memang penting untuk tingkatkan skil kemahiran dan perform tapi selalu terlepas ganjaran seperti kenaikan gaji dan bonus yang sedikit. Cuba bertahan dengan sikap majikan dan atasan yang selalu puji melambung tetapi langsung tak peduli betapa penting nya naikkan gaji sehingga lah tiba - tiba letak notis 30 hari berhenti, kelam kabut GM, HOD dan Manager nak naikkan gaji masa tu lah, nak bagi elaun dan lain2. Tapi dengan kuat keraskan hati untuk terima tawaran kompeni baru yang duk ingat sebuah kompeni cina tempatan. 

Pertama kali jejak Wisma Sentral, baru tahu kompeni ni US based dan bos nya orang Australia. Site pertama ialah di bangunan Mega KLCC Twin Tower, rasa bangga nya. Habis lah ibu abah canang anak nya kerja KLCC. Bangga sekejap.


 Tapi perkara yang amat pelik dalam syarikat ini ialah kerja nya sangat mudah walaupun gaji nya sekali ganda lebih dari Metronic dulu. Overtime pun ada cuma tak ada lah banyak sangat. Tapi tak kisah lah, banyak benda lain boleh belajar disini sebab kebanyakan staff disini berumur senior dan banyak pengalaman pula. Bos pula perempuan yang jenis tegas tapi lemah lembut. Cuma aku berada disitu, dekat lima tahun juga tak ada kenaikan sebab polisi global yang jenis kongsi profit sedunia. 


Masa bekerja kat sini dan dengan tak sewa kat mana-mana, duduk kat kuaters keretapi dengan ibu abah. Tak terfikir pula nak sewa atau cari rumah. Rasa menyesal juga sebab lepas dua tahun kerja bila kahwin kelam kabut cari rumah. Mujurlah salah seorang geng kerja nak keluar rumah sewa, maka nya salin masuk ke rumah nya lah. Berpindah di Perumahan Awam DBKL Sri Pulau Pinang, flat 4 tingkat. Selesa untuk kehidupan 2 orang. Persekitaran yang positif dan kemudahan yang boleh dicapai dengan berjalan kaki. Tinggal lah bersama angel disana sehingga tahun 2012.

Dengan kerja bermula sebagai juruteknik projek, sistem kawalan bangunan. Ambil masa setahun lebih untuk siapkan sebab ada 2 menara dan boleh masuk buat kerja waktu malam sahaja. Alhamdulillah kerja selesai dengan jayanya. Cuma naik taraf front end sahaja dan tak terlibat dengan kerja commissioning pun. 

ottantiff - kompeni best kita bertahan, kompeni tak best kita lompat

Saturday 21 August 2021

Permulaan kerjaya di Shah Alam


Sejak dari kecil sampai lah sekarang memang tak paham apa yang sedang belajar walaupun memang menguasai kaedah nya. Mengambil keputusan belajar elektrik dan elektronik sebab nampak cool dan juga minat dengan komponen bercahaya macam LED dan laser. Ini semua pengaruh filem sains fiksyen. Sebenar nya minat ini membawa kepada satu subjek besar yang aku tak tahu lah aku faham ke tak - Fizik.

gambar ihsan youtube
Lepas habis belajar diploma di UTM Kuala Lumpur, mencuba lah menceburi bidang komputer dan cuba lah nak bagi servis baikpulih komputer tapi disebabkan tak reti nak charge servis kepada orang,  sudah nya bagi percuma saja padahal setiap servis tu kebiasaan nya sekitar RM50 - RM200. Tapi benda yang paling dihargai ialah pengalaman berurusniaga alhamdulillah. Pernah lah juga hadiri kursus ICT level 2 tajaan Perbadanan Sumber Manusia di Kolej Cosmopoint, jadi added value untuk mereka - mereka yang tengah cari pekerjaan tetap masa tu.

gambar ihsan NST
Syarikat pertama  bekerja ialah Metronic Global Berhad. Mula2 ingatkan kilang elektronik pembuatan. Masa temuduga nampak lah kawan UTMKL - Ramzi Talib dah kerja kat sana. Rasa lega lah sikit ada member nak berbual bertanya. Hari pertama bertugas dia bawak ke tapak binaan Putrajaya Convention Center. Kena naik 4WD untuk ke sana. Pergh gerun rasa, luntur semangat nak kerja. Eish ni bukan bidang belajar. Tapi dah lama jobless - dekat setahun sebab bila hantar resume memang akan target kilang elektronik, syarikat telco. Graduan yang kurang baca, bergaul dan network pula dengan orang entah mana-mana macam ni lah kan. Terasa macam kerja buruh tapak binaan pula. 

Tapi gagahkan hati juga, tekad nak kerja sebulan saja. Dapatkan gaji pertama sebelum lompat ke syarikat lain. Tapi itulah kerja hari demi hari. Tak ada punch card, penyeliaan minima. Selesai target boleh lepak. Dari sebulan ke sebulan sampai tiga tahun dah bertahan, dan rasa cukup selesa dengan cara kerja macam ni. Amat bebas atur jadual kerja dan dapat pergi banyak site sekitar KL-Selangor-Putrajaya. Tapi bercampur dengan mulut kasar menjadikan badan dan telinga tahan lasak dan berani bermulut kasar dengan orang. 

Cuma masalah kat sini jurutera penyelia dia jenis suka buli, tahan kenaikan gaji dan tak suka promote staff bawahan. Tapi tak dinafikan ilmu yang dia bagi pun banyak dan berguna. Gaji pula tak naik2 selama tiga tahun. Tapi bila letak surat berhenti, bergegar ofis HQ. Tak sangka pula dah jadi watak penting dalam syarikat. Tapi tak mengapalah, setakat itu saja khidmat aku dengan syarikat yang besar dan gah ini. 

ottantiff - kenali batas anda, jangan sentiasa cakap ya saja

Loser in love

Jenis yang sebenar nya bukan lah jenis berjuang untuk mendapatkan cinta wanita. Setiap kali berdepan dengan krisis, kerapkali pilih untuk mesti mengalah dan menyerah. Kenapa perlu susah2 berjuang jika ada orang lain yang lebih mahukan dia atau dia sudah ada pilihan lain. Masih ingat lagi apabila si dia kata yang dia ada pilihan lagi dua orang iaitu cikgu sekolah dengan tentera laut. 

Masa tu rasa nak berundur, takkan bersaing dengan orang lain. Masa tu kerja juruteknik kawalan automasi dgn gaji permulaan yang rendah walaupun overtime berlambak dan ada share dalam syarikat. 

Sama lah kes nya dengan janda Penang tu. Bila bekas suami nya call cakap nak cari dan pukul. Cepat - cepat tarik diri lah kan, mana tahu dengan cara ini dia boleh bina rumahtangga dia kembali. Cuma bila kawan-kawan pun sebok nak masuk line juga, serius cakap nak patahkan kaki dia dan nak siat kulit dia. Seminggu dia tak nak cakap dan gentar padahal gurau saja ahah bukannya ada pengalaman pukul orang pun. 

Foto ihsan FB arwah Azie Iera
Entahlah, agaknya memang jenis yang sedaya upaya taknak berkawan dengan perempuan terutama yang jadi perhatian orang sebab nanti kena jadi faktor saingan semasa perebutan. Semasa kawan-kawan duk keliling gadis cun2 budak praktikal, dengan segera mesti perlahan2 jauhkan diri. Tapi diorang tetap cari dan nak dekat, mungkin sebab jenis dengan budak2 perempuan ni tak cakap gaya menggoda atau double meaning dan tak memandang ke bahagian sensitif mereka. Serius, takkan fight demi seorang perempuan. Dan sesuai untuk digelar atau memang - loser in love.

Kecuali untuk seorang ini. Yang sekarang jadi isteri aku. Tak tau lah datang dari mana kegagahan ini...? Selalu nak jadi winner in love - tak bagi orang lain dekat dengan dia. Ewah kuat cemburu pula jadi nya. Cinta halal kut?

ottantiff - loser for the false, winner for the true


Nombor telefon

Sejak daripada terkecewa dengan kekasih yang kahwin tak beritahu dan kekasih yang hilang tiba2, rasa tak nak fikir dah pasal nak cari jodoh dan terus kerja kerja kerja. Minat dalam bidang automation pula semakin meningkat, mungkin sebab dah mula faham tentang teknologi ni dan sistem kawalan pula mmg salah satu subjek masa kat UTM dulu. Tambahan pula kompeni bagi laptop, suruh buat commissioning sendiri untuk ongoing dan under warranty project. Terutama nya masa nak clearing defect. 

Gambar ihsan website KCJ
Masa ini juga lah pejabat kerajaan dibanjiri dengan sekuriti yang berpendidikan ijazah sebab itu adalah cara mereka nak step in ke sektor kerajaan. Ramai juga antara mereka yang gadis nya cantik2, jejaka nya hensem2. Kawan2 dari kompeni main con dan kompeni sama ramai yang cuba memikat, semoga dapat lah kan. Hm memang tak layan lah langsung sebab tgh down kan. 

Tapi ada seorang gadis sekuriti tu, diam2 menaruh hati kat pulak. Agak nya dia memang perhatikan kat blok tinggal nampak pergi masjid setiap maghrib isya subuh, nampak warak kan. Nak bertukar2 nombor telefon dengan kata nya. Tapi kan dengan dia tak pernah berbalas panggilan. Tak tau lah kenapa. Macam dah boleh hidu aroma tiada jodoh kan. Takpe lah. Tapi pernah ler dia tumpang balik rumah sebab tertinggal bas agak nya. Pertemuan dengan dia pun tak lama sebab kena support projek lain di sungai buloh, main island putrajaya dan PICC. Tapi serius cakap, dia memang lawa tau hahaha. 

Semoga berjaya lah gadis berwajah keibuan dan semoga dipertemukan dgn seseorang yang lebih baik. 

ottantiff - awak terlalu baik untuk saya, ayat tolak secara baik

Kembali ke sekolah

 

Mazda Astina 

Sejak - sejak ada kereta sendiri memang lah balik kampung kelantan solo sebab nak bagi ruang selesa adik2 naik kereta dgn abah. Jadi balik awal ler, biar abah balik lewat sikit. 

Bila dah sampai kampung Jembal, eh tak nampak rumah nenek mungkin tutup lampu agak nya. Terlajak pula sampai rumah makcik kat Tawang.

 Kebetulan pula dia ada tgh sapu sampah depan rumah. Pakcik (Paktam) ajak lah bermalam dan bersahur rumah dia. Ada pula adik2 nya tinggal bersama sekali. Salah seorang daripada adik nya gadis yang sekolah tingkatan empat. Uish serius ah pandang dia macam pandang angel dari langit yang singgah sekejap di bumi minum air ahaha. 

ehem2

Sebenar nya suka  kat gadis tu tapi sekadar buat sedap mata sebab dia masih sekolah, takkan lah nak mengurat. Pakcik dgn makcik ajak berbual2 sampai larut malam, dan dia ikut dengar mungkin sebab tetamu. 

Tapi diam - diam memandang juga lah sebab jelita kan. Dalam hati pasang angan2, andai dapat kau kumiliki. Tp cepat sedar diri, itu kan budak sekolah. Jangan lah buat orang yang cemerlang jadi gagal sebab cinta. Hahaha nampak baik kan. 

Cuti puasa dan hari raya berakhir, tiba masa kembali semula ke Putrajaya duk rumah kakak tanpa apa2 prasangka, dan harapan yang aku akan berjodoh dengan nya. Hmmm panjang lagi cerita nya ni. Kisah ini berlaku di tahu 2004 dan pada tahun 2007 dia betul - betul jadi angel hidup ini. Alhamdulillah.

ottantiff - niat suci, Allah mudahkan. 

Tryout part 2

Setelah dikejutkan dengan berita kahwin kekasih, hidup jadi macam murung tapi bila kerja lupa pula pasal semua tu. Entah macamana satu malam tu,  boleh join laman sembang apa tah dan mula berkenalan dengan seorang gadis comel kecik cute dari Penang. 

Tak tau lah macamana dia boleh syok dan tangkap cinta walhal tak ada niat nak mengurat pun. Maka berputiklah kisah cinta seterus nya. Kebetulan dia ada join persidangan puteri umno PWTC dan ajak keluar date dengan dia ke kl tower, Time Square bawa pergi makan. Dia bahasakan diri dia 'adik'. 

Asrina bt Adil
Macam2 lah perancangan nak bercinta dan nak kahwin. Tapi lama bila serius nak bergerak ke tahap itu dia terus terang yang dia janda tak ada anak. Adui, murung bukan sebab status janda tapi bekas suami dia yang masih mahukan dia. Adui susah lah macam ni. Dan tiba2 ada kawan seorang tu - pun nak dia juga. 

Rasa macam nak mengalah saja tapi dia nakkan untuk teruskan juga. Okay lah, mula pasang plan untuk ke peringkat seterusnya tapi sampai masa jadi lain pula. Sampai lah masuk bulan ramadan tahun berapa ntah, dia dapat tawaran kerja di Johor dan tiba2, jadi putus hubungan macam tu sahaja. Cuba call tak dapat, masuk voice mail. Sms tak balas. Apa dah jadi. Buntu tapi terus tunggu dan tunggu sampai ambil keputusan yang dia dah kembali kepada bekas suaminya. Takpe lah lagipun janda kaya macam dia, siapa yang tak mahu kan.

Entah lah  tak tahu lah apa jadi dengan dia. Hidup atau mati. Tapi cerita dia tak habis di sini. Masa majlis bertunang dengan angel, dia call tanya khabar. Aik apa dah jadi ni. Dia marah sebab pass nombor kat kawan sebab kawan seorang lagi nak terai. Kata ambil lah nombor ni tapi tak tahu dia ni pakai lagi tak nombor ni. Tu lah call tak jawab mesej tak balas. Tahu - tahu dia masih wujud lagi dengan nombor yang sama. Padan muka dia.

Sekarang tak tahu apa cerita dia tapi kalu tengok dalam linked.com, dia dah jadi founder Cherry Alado. Entah lah betul ke tak, wallahu a'lam

ottantiff - janda lah pulakkk

Tryout part 1

 Sejak dulu tak pernah meluahkan perasaan cinta sebab keyakinan untuk bercinta dan berpasangan adalah sangat rendah sebab rasa nya perangai jenis yang lurus, busuk dan cara aku berbual yang orang susah nak faham. Tapi orang2 tua memang nak sangat ambil jadi menantu sebab jenis yang tak banyak bantah dan turut saja apa orang nak. 

Pernah lah dulu dapat rekomen dari jiran untuk berpasangan dengan anak seorang pegawai polis. Awal2 tolak lah sebab rasa tahap pendidikan gadis tu setapak tinggi (budak ijazah IT). Tapi memandangkan ada karier dan dia tercari2 karier tetap sebab kursus gadis ni berlambak, maka dipandang macam stabil lah kan.

Shakifa - ambik kat FB
Memulakan langkah pertama call gadis ni. Serius memang lah jelita lah tp sekali pandang cermin, nak ke dia kat ? Tapi try lah juga sebab memang tengah cari jodoh kan. Tak tau lah sepanjang bercinta dengan dia macamana boleh pula bergayut lama di telefon sampai berjam2. 

Tapi disebabkan keyakinan diri yang kurang dan karier yang tak menjanjikan, duk tolak segala impian dia yang memang tinggi tu. Lebih2 lagi bila dia mula masuk angkatan tentera, dgn pangkat dan gaji yang besar. Dia dah mula rasa yang budak lelaki ni ni sesuatu yg tak menjanjikan kehidupan yang baik. Dia menikah dgn anggota tentera juga, dengan tak beritahu apa2.

Memang payah nak move on seolah2 dia orang pertama yang rasa cam nak dan hati mula cintai. Benar lah jodoh itu rahsia Allah, tak perlu lah beria2 sangat cinta tanpa ada usaha nak ikat dengan pertunangan atau merisik. Kecewa tu memang lah kan tapi bila fikir balik, salah sebelah sini tu lebih besar lagi sebab tak suka tunjuk kejayaan dan suka pamer kelemahan. Dan satu lagi hidup terlalu berprinsip, perempuan tak suka. Tak payah lah jual agama lebih - lebih sebab nak menang hati gadis. Kena tunjuk dah start buat simpanan untuk merisik, bertunang dan ada simpanan untuk masuk meminang dia. Barulha ada yakin sikit kan. 

ottantiff - cinta saja tak cukup, kasi lah duit sikit

Jatuh cinta - sunat pun belum

 Mengenang kembali kisah kali pertama jatuh cinta pandang pertama semasa berada di tahun enam. Berlaku rombakan kelas diletakkan dikelas teratas, entah lah mungkin kerana ni budak pandai agak nya. Maka berkumpul lah dengan golongan cerdik pandai dah salah seorang daripada mereka ada dari kelas 6 biru.

Badan Pengawas SRKSYP 1992

Tak pernah tgk gadis cantik agak nya, maka bermula lah episod semangat baru nak ke sekolah setiap hari. Dan keadaan ini berterusan sampai ke sekolah menengah tingkatan tiga dan berakhir apabila tingkatan empat,masing2 keluar dari sekolah dasar untuk menyambung ke aliran teknik dan dia ke sekolah asrama penuh. 



Dan sampai sekarang, tak pernah luahkan perasaan suka kepada beliau walaupun simpan nombor fon, follow fb insta. Tumpang bahagia tengok dia dgn suami dan anak2 nya, alhamdulillah. Alah cinta zaman budak2 yang dia pun tak tahu, tak pernah terluah. 

Tapi serius ah sampai sekarang tetap cantik di mata dan genius. Hahahah umur 12 pun dah gatal nak berpasangan. 

ottantiff - nakal sungguh budak - budak kan

Perniagaan


Saya sebenarnya bukan orang yang berminat dalam perniagaan.  mungkin kerana latar belakang keluarga saya yang kebanyakannya berasal dari kalangan penjawat awam atau pekerjaan bergaji.  Ayah saya adalah kakitangan Keretapi Tanah Melayu sementara ibu saya menjadi suri rumah sepenuh masa.  Berbeza dengan isteri saya yang dibesarkan oleh ayahnya yang melakukan dua pekerjaan walaupun kaya.  Isteri saya memulakan perniagaan sejak di kolej latihan guru dan meneruskan perniagaan ketika dia mula bekerja sebagai guru bahasa Arab di sekolah kerajaan.  Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh isteri saya yang memberikan komitmen yang tinggi dalam tugas penting dan tetap bermotivasi ketika dalam perniagaan penjagaan kecantikan, Mary Kay.  Saya juga membantu dengan menyalin semula iklan ke laman Instagram, Facebook dan Whatapps Status.  Saya juga mendapat pesanan dari rakan-rakan di tempat kerja - kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika dapat menuntut pesanan penjualan.  Dalam hati, saya sebenarnya kagum dengan keghairahan yang dimiliki oleh isteri saya.  Perniagaan bukanlah jalan yang mudah tetapi hasilnya bernilai keringat.  Kawan-kawan, doakan kami agar jalan yang telah kami pilih diberkati oleh Tuhan.  Ameen!

ottantiff - this post also available in the linkedin