Sunday 22 November 2015

Motor dc, jadual yang tertangguh

Keluar sebentar menuju ke pusat pengajian sepenuh masa untuk membuat sedikit kajian berkaitan dengan talian rs 485. Namun hasrat itu terpaksa ditangguh demi kerana hal kerjaya yang mesti diselesaikan. Usai menyelesaikan baki makanan di pinggan, perjalanan untuk mengambil tren ke tapak kerja diganggu oleh keindahan panorama butik butik telefon mudah alih. Sekadar mencuci mata.

Perjalanan sekali lagi terganggu oleh penangguhan tak terjadual oleh perkhidmatan tren rapid. Tetapi kegusaran terubat dengan panorama gunung ganang bergerak dan hawa dingin yang sempurna. Alhamdulillah penyelenggaraan pantas berjaya menggerakkan kembali tren bermotor dc ini.

Ottantiff - biar lambat asal tak lembab

Sunday 15 November 2015

Khayalan tercipta

kehadiranmu di kala malam membuat rasa nyaman. membunuh fungsi air cond ku. duhai hujan malam.

ottantiff - lari tidur depan tv, sejuk wa ang. 

Otai Taman Sahabat - Ahli Bersekutu

Baru2 ini menerima jemputan untuk menyertai ahli kongsi gelap Otai Taman Sahabat sebagai ahli bersekutu. Dengan menyertai kumpulan ini akan mendapat keahlian percuma tanpa yuran seumur hidup, jemputan mengeteh di restoran taqwa (air bayar sendiri), peluang berjimba tanpa isteri di hujung minggu di dua lokasi (Gombak Setia dan Nilai), serta mendapat idea- idea baru kehidupan bersama. 

Selain dari itu juga mungkin dapat cenderamata Gelas Air yang ada gambar wajah Mahadir Mokhtar (ei?). Apa2 lah, asalkan gembira bersama rakan2 lama dari Gombak dan ada yang menetap di Gombak walaupun diorg tak tau sepatah haram pun cakap minang gumbak seperti talok, santiang, manga, sia, dimah, siko, basuok dan lain2. 

Eheh, group ni lagi happening dari group have pening satu agi tu.

ottantiff - good luck

Jadual yang ketat, seluar yang ketat.

Kesibukan kerja dan pencarian idea untuk penulisan thesis membuatkan diri tidak terurus lagi. Masa yang sepatutnya boleh dicuri sedikit untuk menelaah beberapa buku yang dipinjam dari perpustakaan digunakan untuk mengulangkaji hasil kerja sub sub pekerja yang akhirnya memberi impak kepada diri sendiri.

Pernah wujud di dalam bilik, telah dimusnahkan oleh sub unit no 2
Harapan untuk pulang dan membalas balik kajian di rumah juga tidak kesampaian. Kerinduan kepada sub sub unit keluarga yang penuh dengan kisah bersama rakan- rakan nurseri dan kisah ultraman, spiderman dan suduman (superman) itu memang satu hiburan keletihan jiwa.

Disebabkan kesibukan ini lah baru- baru ini semasa menyarung seluar untuk balik ke kampung terasa ketat nya seluar itu. Oh, terlalu sibuk sehingga lupa mengurus diri. sudah gemuk barangkali. tetapi setelah diteliti seluar dengan cermat rupanya itu adalah seluar sepuluh tahun lepas. memang patut lah dia ketal dan koyak di tepi.

Semoga dapatlah disiapkan jua penulisan thesis ni. Iya bukan sesuatu yang mencapai geliga di puncak bukit itu. Ada hutan, semut besar, harimau, kala jengking dan lereng yang perlu di lalui.

ottantiff - masa itu milik tuhan, kita hanya mampu merancang.