Friday 19 June 2020

Antara bosi dan bossy

Wanita besi. Sejarah telah membuktikan wanita ini bukan sesuatu untuk diperkecilkan. Boleh tengok sejarah dunia, sejarah islam dan sejarah mana2 pun. Kisah Sumaiyah, Asiah, Rabiatul Adawiyah bermain dibibir sejarahwan Islam. Tapi disebabkan fizikal mereka yg lemah, maka top leader dan emperor mesti diketuai lelaki. 

Sepanjang melalui dunia cari duit ini,  bukan kali pertama mendapat ketua dari kaum wanita. Mendapat ketua dari kalangan wanita ini adalah bermaksud semua gerak kerja adalah mengikut SOP. Ikut saja dan mereka pasti okay. Tapi emosi itu mesti ada masuk sekali dalam gerak kerja. Biasa nya benda itu yang buat pekerja bawahan jadi rimas. Penilaian level kulit, tak ada gerak hati dan lebihkan crowd dia drpd crowd yg konon berideologi freedom.

gambar internet, edit sikit

Biasa lah bos kan, jangan lah kita lawan. Ikut satu persatu nescaya selamat lah kita dari tindakan disiplin bos kita. 

Walaubagaimanapun kita akan sentiasa jumpa perempuan yg konon future bos. Dia punya lagak yang bossy tu kadang buat kita rimas sampaikan dalam group sosial media pun nak kawal perilaku kita. Depan kita konon menegur tapi belakang report kat boss konon berlaku perlanggaran disiplin. Dia tak tahu boss gelakkan dia depan kita dan cakap tak yah layan ini orang. 

Teringat pula kesah zaman dahulu bilamana sound perempuan besi padahal dia tu yang bossy, rasa padan muka kau sebuk nya nak jadi future bos.

Ingat lah yang manusia ini macam2, jika boleh bersabar, sabar lah. Jika tak deposit kan sedikit perangai huduh ala2 armer tech kat beliau, semoga beliau mengambil pengajaran

Ottantiff - Simpan jahat dalam po

Friday 22 May 2020

Masin

Bahasa melayu ini jika diikutkan amat indah. Ada maksud tersurat dan tersirat. Kadang2 membawa kepada pengertian yang agak horror atau seram lah kata kita.

Proses rendang oleh bonda ulfah








Awal menyertai pasukan pembekal air kokal, dengan aturan kerja shift ini menimbulkan satu perbincangan rumahtangga. Kemana angel dan anak2 nak tuju bila tiba hari raya. Ewah semacam lagu hari raya yang mengundang terik di kala suhu suam (dengan bantuan penghawa dingin). 

Perbincangan yang tuntas berjalan dan akhir nya angel kata takpe lah kita beraya di rumah bersama. Ye lah di kampung dia agak janggal duduk rumah mertua tanpa suami nya disisi. 

Puasa pun kerja berat











Tiba- tiba tercetus perkataan di mulut yang gatal ini. Semoga satu Malaysia tak boleh balik kampung....

Beberapa bulan kemudian sembang merepek ini menjadi kenyataan. 

ottantiff - padan muka kita semua

Thursday 21 May 2020

Berkocak di akhir ramadan

Mengharungi bulan ramadan dgn lapar dan dahaga bukan lah satu masalah yang besar. Alah setakat 12 jam tu, orang eropah atau beberapa kawasan di rusia lagi seksa. Belum lagi kisah fakir miskin yang kata rumah, tilam tidur pun dari kotak2 buangan. Perkara yang membangkitkan semangat dermawan seluruh dunia untuk turun menghulur makan minum kepada mereka.

Mungkin kerana salah cara aturan atau sifat tidur lepas subuh akan menghasilkan banyak gas dalam perut. Rasa sebu ini membuatkan kita rasa sesuatu sedang berkocak di dalam perut. Ini lah norma kehidupan yg dilalui setiap tahun di akhir ramadan. Masa itu lah mula rasa cam nak sendawa sendu dan nak terbelahak keluar tapi tahan jelah kang batal puasa plak.

Itu salah satu cerita di bulan ramadan. Nak jugak dengar kisah ramadan orang lain. Kisah suka duka atau kisah perjuangan ramadan masing.

ottantiff - korang jangan pikit macam2

Berbahagi untuk berbahagia

Seronok menonton rakan-rakan berjual beli sesama sendiri di bulan ramadhan. Rasa kesal kerana tak ada produk sendiri untuk diniagakan. Bercampur dengan jiwa bisnes yang agak suram didalam diri.

Melihat encik tiger dengan bantal hotel nya, syed iqbal dengan rempeyek, syahir kerepek pisang, farid fitri sambal hijau, ulfah dengan rendang bonda, hidayatt dengan dvd ps4 dan sebagai nya.
Tiger


Ulfah

Izzuan jual kertas



Syahir







Itu lah melayu yg pemimpin tua katakan sebagai pemalas, terasa mahu pijak sahaja mulut kotor itu.
Tgh jual sembang dgn bos















Semoga jiwa dan semangat ini kekal subur hingga ke kubur. Jangan lupa ibadah ramadhan harus disempurnakan. Tak ke masjid bukan bermaksud tak beribadah.  Iman ini baja nya ibadah dan akhlak yg mulia.
Amer buat tea tarik














Terima kasih kerana sudi memeriahkan bulan puasa ini dengan jual beli dan belanja member makan. Alhamdulillah...





Raya 2020

Pertama kali berkhidmat dibidang operasi, dengan jadual kerja shif akan memungkinkan bertembung dengan kerja pada hari raya. Tapi demi tugas dan giliran, apapun okay.

Syed Nazirul yg hebat

Tahun ni tak kena pula dengan jadual giliran. Tapi itu semua tak bermakna, perintah kawalan pergerakan menafikan kehendak untuk balik kampung. Kirim duit je lah kat ibu abah.
Ibu memotong kek birthday beliau


Adik beradik kata nya nak berkampung dirumah. Jadi ruang rumah perlu diperkemaskan dgn optimum. Biskut raya angel awal-awal dah bakar.

Apapun semoga keadaan bertambah baik dan perintah ini ditarik dengan segera. Tak balik raya bukan bermaksud tak balik terus. Balik kampun jumpa ibu abah ini bukan acara tahunan. Mereka ini jauh di mata, dekat dihati. I love them.

Friday 8 May 2020

Covid 19 - Rahmat disebalik ujian

Tahun 2020 kita diuji dengan pandemik yang menakutkan; Covid - 19. Sesuatu yang patut kita insafi. Seluruh dunia bersidang, doktor dan pihak keselamatan yang tetiba saja jadi hero. Ah kau, diorang memang wira tak didendang selama ni. Ingat senang ker nak ambik ijazah perubatan tujuh tahun tanpa extend. Polis askar pula dengan seksaan fizikal mental. Keluar latihan dapat gaji murah? Eheh sama ler gaji murah gak.

Sumber internet lah


Serius ah ramai terkesan dengan pandemik ni. Dengan perlaksanaan lockdown, operasi semua kegiatan ekonomi dihentikan dan aktiviti sosial terbatas. Sesetengah industri menghentikan atau memotong gaji. Kerajaan terpaksa melancarkan dana khas untuk menampung keperluan rakyat. Harga minyak gas jatuh dan peniaga tepi jalan tak meniaga tepi jalan dah. Pencuri penyamun pun terjejas, takut nak keluar buat hal masa - masa ni.





sumber internet lah
Tapi Allah maha pemurah. Kita duk lafaz disetiap masa. Itu lah Allah. Pemurah kan. Bisnes online makin diperkasa. Ah semua benda online. Dari barang dapur sampai kan kuih pun online. Eh tadi ada pulak orang hantar manisan gula melaka (ah kau melaka sangat, siam tu) tetiba menjengah pagar rumah. ada pulak zakat online, sedekah online, ceramah online, tazkirah online, dakwah online.


Pastu tetiba jer ustaz, surau masjid, NGO, parti politik, persatuan penduduk jadi banyak beras gula nak bagi kat orang susah. semua dikasinya tak kira kaya miskin, warga atau pendatang, islam kristian buddha hindu haa kan. Eh tetiba jer meeting online, digital signature, report softcopy yang dilaung2 tapi taknak dengar selama ni jadi boleh. Ha tu lah kau pekak badak sangat.

sumber internet lah
Pastu eh penting pulak makanan masa ni kan. takde dah orang nak bangga dengan kisah terbang sana sini, rumah jadi banyak aktiviti. Tu belum citer guru - guru yang dicemuh selama ni ha kau baru tahu apa maksud jadi guru kepada anak sendiri. Baru tau apa makna denda rotan.




sumber internet lah
Pemurah nya Allah, Dia datangkan lockdown dengan ramadhan. ah takyah lah susah hati dengan obesiti, kau makan kau berdosa. Tunggulah waktu buka. Alhamdulillah manager dah perasan benda ni. Prepare makan buka untuk staf tak perlulah kita susah keluar cari makan plak masa nak jaga loji banyak songeh ni hahah.


Sumber internet jugakkk
Menteri alam sekitar dan sumber - sumber internet lapor yang alam sekitar makin bersih semenjak lockdown ni. Nampak sangat lah yang buat bumi ni kotor busuk ialah ... ehehe paham lah kan. pasni nak kemana - mana nek basikal lah kita. Ada pulak berita baru dari akhbar, gelandangan dah mula beratur untuk minta kerja. Lepas quarantin diorang baru lah kerajaan sedar yang bukan semua gelandangan cacat cela, hidup tak tentu kalu. diorang cuma takde rumah jer.

Apapun kita semua masih berharap agar keadaan kembali seperti sediakala dengan sisi positif covid-19 ni dapat dikekalkan. Ayuh kita berdoa dan amalkan langkah keselamatan covid-19 neh.

ottantiff - beli mask tahun lepas





2020 tahun yang mencabar

Melangkah ke tahun 2020 dengan cabaran baru, KPI baru dan cara kerja yang baru. Semenjak menganggotai pasukan pembekal air kokal di Putrajaya ni serasa seakan ilmu dan pengalaman selama 15 tahun di Tyco masih belum mampan dalam menghadapi karenah kerja gaya 'melayu' di GDCP.



Walaubagaimanapun tak dapat dinafikan lagi skil, kerajinan dan semangat partner kerja mereka adalah sangat tinggi, setanding atau lebih tinggi berbanding dengan kualiti 'orang putih' dan rakan bukan melayu di Tyco. Mereka ibarat semut yang beramai - ramai menjunjung makana untuk dibawa balik ke sarang. Apapun kenangan bersama Tyco tetap bernilai mahal. Rakan - rakan disana tetap dihubungi dan diperkemas silaturrahim.

Pengurus loji yang bertugas juga amat menitikberatkan kebajikan staf, dalam ruang kuasa yang ada. Lembut, tegas, tepat dan amat mementingkan peningkatan ilmu dikalangan staf. Oh, beliau juga warak dan tak mahu penglibatan maksiat dalam loji. Baca doa setiap hari, jangan lupa.

Bertugas dibidang pengurusan operasi memerlukan pemerhatian yang spesifik pada setiap kejadian yang berlaku di loji. Penglibatan penjaga dandang bertekanan / tidak bertekanan, mesin - mesin penyejuk dan menaranya, papan - pan suis voltan tinggi dan turbin perlu diperhatikan secara tuntas.

Walaubagaimanapun minat dengan direct control system dan instrumentation tak pernah padam. fundamental kawalan tetap sama, cuma keperluan kawalan mesin dan carta alir yang sedikit berbeza. sifat - sifat kritikal perlu difahami. Catatan diambil secara senyap untuk dipelajari pada waktu malam.





Kebetulan pula, menyertai pasukan ini di era data dianggap emas dan perak. Jadi pengambilan data amat dititk beratkan. pembilang dikehendaki untuk terus hidup sepanjang masa. Tapi macam biasa lah, ada masa nya pembilang ni suka - suka abah dia nak mati dan pihak berkenaan kena lah bagi CPR untuk menghidupkan nya semula. Tapi mereka tak guna statistik pun untuk analisa data. semua benda sumbat kat pivot. Whatever. 




















Kerja kat sini benda yang paling mengerikan ialah pujian. anggapan bahawasanya org ini power, skilfull, dsbg bagaikan satu cabaran. yang sebenar nya banyak lagi perkara nak kena sumbat dalam otak ni, dan sebenarnya otak ini masih banyak lagi ruang kosong wahahaha. Apapun semoga pujian korang menjadi kenyataan, ameen.