Melangkah ke tahun 2020 dengan cabaran baru, KPI baru dan cara kerja yang baru. Semenjak menganggotai pasukan pembekal air kokal di Putrajaya ni serasa seakan ilmu dan pengalaman selama 15 tahun di Tyco masih belum mampan dalam menghadapi karenah kerja gaya 'melayu' di GDCP.
Walaubagaimanapun tak dapat dinafikan lagi skil, kerajinan dan semangat partner kerja mereka adalah sangat tinggi, setanding atau lebih tinggi berbanding dengan kualiti 'orang putih' dan rakan bukan melayu di Tyco. Mereka ibarat semut yang beramai - ramai menjunjung makana untuk dibawa balik ke sarang. Apapun kenangan bersama Tyco tetap bernilai mahal. Rakan - rakan disana tetap dihubungi dan diperkemas silaturrahim.
Pengurus loji yang bertugas juga amat menitikberatkan kebajikan staf, dalam ruang kuasa yang ada. Lembut, tegas, tepat dan amat mementingkan peningkatan ilmu dikalangan staf. Oh, beliau juga warak dan tak mahu penglibatan maksiat dalam loji. Baca doa setiap hari, jangan lupa.
Bertugas dibidang pengurusan operasi memerlukan pemerhatian yang spesifik pada setiap kejadian yang berlaku di loji. Penglibatan penjaga dandang bertekanan / tidak bertekanan, mesin - mesin penyejuk dan menaranya, papan - pan suis voltan tinggi dan turbin perlu diperhatikan secara tuntas.
Walaubagaimanapun minat dengan direct control system dan instrumentation tak pernah padam. fundamental kawalan tetap sama, cuma keperluan kawalan mesin dan carta alir yang sedikit berbeza. sifat - sifat kritikal perlu difahami. Catatan diambil secara senyap untuk dipelajari pada waktu malam.
Kebetulan pula, menyertai pasukan ini di era data dianggap emas dan perak. Jadi pengambilan data amat dititk beratkan. pembilang dikehendaki untuk terus hidup sepanjang masa. Tapi macam biasa lah, ada masa nya pembilang ni suka - suka abah dia nak mati dan pihak berkenaan kena lah bagi CPR untuk menghidupkan nya semula. Tapi mereka tak guna statistik pun untuk analisa data. semua benda sumbat kat pivot. Whatever.
Kerja kat sini benda yang paling mengerikan ialah pujian. anggapan bahawasanya org ini power, skilfull, dsbg bagaikan satu cabaran. yang sebenar nya banyak lagi perkara nak kena sumbat dalam otak ni, dan sebenarnya otak ini masih banyak lagi ruang kosong wahahaha. Apapun semoga pujian korang menjadi kenyataan, ameen.
No comments:
Post a Comment