Thursday, 21 May 2020

Berkocak di akhir ramadan

Mengharungi bulan ramadan dgn lapar dan dahaga bukan lah satu masalah yang besar. Alah setakat 12 jam tu, orang eropah atau beberapa kawasan di rusia lagi seksa. Belum lagi kisah fakir miskin yang kata rumah, tilam tidur pun dari kotak2 buangan. Perkara yang membangkitkan semangat dermawan seluruh dunia untuk turun menghulur makan minum kepada mereka.

Mungkin kerana salah cara aturan atau sifat tidur lepas subuh akan menghasilkan banyak gas dalam perut. Rasa sebu ini membuatkan kita rasa sesuatu sedang berkocak di dalam perut. Ini lah norma kehidupan yg dilalui setiap tahun di akhir ramadan. Masa itu lah mula rasa cam nak sendawa sendu dan nak terbelahak keluar tapi tahan jelah kang batal puasa plak.

Itu salah satu cerita di bulan ramadan. Nak jugak dengar kisah ramadan orang lain. Kisah suka duka atau kisah perjuangan ramadan masing.

ottantiff - korang jangan pikit macam2

No comments: