Tahun 2020 kita diuji dengan pandemik yang menakutkan; Covid - 19. Sesuatu yang patut kita insafi. Seluruh dunia bersidang, doktor dan pihak keselamatan yang tetiba saja jadi hero. Ah kau, diorang memang wira tak didendang selama ni. Ingat senang ker nak ambik ijazah perubatan tujuh tahun tanpa extend. Polis askar pula dengan seksaan fizikal mental. Keluar latihan dapat gaji murah? Eheh sama ler gaji murah gak.
|
Sumber internet lah |
Serius ah ramai terkesan dengan pandemik ni. Dengan perlaksanaan lockdown, operasi semua kegiatan ekonomi dihentikan dan aktiviti sosial terbatas. Sesetengah industri menghentikan atau memotong gaji. Kerajaan terpaksa melancarkan dana khas untuk menampung keperluan rakyat. Harga minyak gas jatuh dan peniaga tepi jalan tak meniaga tepi jalan dah. Pencuri penyamun pun terjejas, takut nak keluar buat hal masa - masa ni.
|
sumber internet lah |
Tapi Allah maha pemurah. Kita duk lafaz disetiap masa. Itu lah Allah. Pemurah kan. Bisnes online makin diperkasa. Ah semua benda online. Dari barang dapur sampai kan kuih pun online. Eh tadi ada pulak orang hantar manisan gula melaka (ah kau melaka sangat, siam tu) tetiba menjengah pagar rumah. ada pulak zakat online, sedekah online, ceramah online, tazkirah online, dakwah online.
Pastu tetiba jer ustaz, surau masjid, NGO, parti politik, persatuan penduduk jadi banyak beras gula nak bagi kat orang susah. semua dikasinya tak kira kaya miskin, warga atau pendatang, islam kristian buddha hindu haa kan. Eh tetiba jer meeting online, digital signature, report softcopy yang dilaung2 tapi taknak dengar selama ni jadi boleh. Ha tu lah kau pekak badak sangat.
|
sumber internet lah |
Pastu eh penting pulak makanan masa ni kan. takde dah orang nak bangga dengan kisah terbang sana sini, rumah jadi banyak aktiviti. Tu belum citer guru - guru yang dicemuh selama ni ha kau baru tahu apa maksud jadi guru kepada anak sendiri. Baru tau apa makna denda rotan.
|
sumber internet lah |
Pemurah nya Allah, Dia datangkan lockdown dengan ramadhan. ah takyah lah susah hati dengan obesiti, kau makan kau berdosa. Tunggulah waktu buka. Alhamdulillah manager dah perasan benda ni. Prepare makan buka untuk staf tak perlulah kita susah keluar cari makan plak masa nak jaga loji banyak songeh ni hahah.
|
Sumber internet jugakkk |
Menteri alam sekitar dan sumber - sumber internet lapor yang alam sekitar makin bersih semenjak lockdown ni. Nampak sangat lah yang buat bumi ni kotor busuk ialah ... ehehe paham lah kan. pasni nak kemana - mana nek basikal lah kita. Ada pulak berita baru dari akhbar, gelandangan dah mula beratur untuk minta kerja. Lepas quarantin diorang baru lah kerajaan sedar yang bukan semua gelandangan cacat cela, hidup tak tentu kalu. diorang cuma takde rumah jer.
Apapun kita semua masih berharap agar keadaan kembali seperti sediakala dengan sisi positif covid-19 ni dapat dikekalkan. Ayuh kita berdoa dan amalkan langkah keselamatan covid-19 neh.
ottantiff - beli mask tahun lepas
No comments:
Post a Comment