Sunday 12 June 2016

Puasa 2016.

Bulan puasa menjelang lagi. Banyak sungguh aktiviti yang mesti dipenuhi, mahu tak mahu sebelum raya mesti lah selesai. Penulisan lapuran akhir yang sesungguh nya mesti disiapkan selewat2 pertengahan bulan puasa. Begitu juga laporan eksekutif kerja yang mana data- data nya hanya boleh didapati di awal bulan baru, walhal hari pertama bulan baru adalah hari terakhir kerja sebelum balik kampung. Ada juga kerja rekabentuk yang nak kena diserahkan sebutharga nya sebelum habis raya.

Dalam kalut ribut itu jika dipegang satu2 kerja insya Allah boleh selesai. Sememangnya prestij dan gaya yang hebat itu boleh didapati dengan sedikit sentuhan bersungguh2 dalam masa beberapa jam sahaja. Semoga Allah memberikan keberkatan usaha2 yang kecil ini dengan rahmat nya yang tak terkira. Amin ya rab!

ottantiff - bak kata En Ezmil, yang penting keberlagakan tu!