Sunday 6 January 2019

Sekolah



Minggu pertama tahun 2019 ada lah minggu urus anak2 sekolah. Teruja dengan anak pertama masuk sekolah. Ambil cuti jumaat semata2 nak tunjuk jalan ke masjid. Anak kedua pula ok saja dgn pra sekolah nya yg dilalui sendiri. Asalkan sarapan nya hebat dan lunch box yg penuh.


Sejak dari mula anak berada di pra sekolah, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Bangun awal semata2 kerana nak gegar anak subuh dan mandi. Latihan anti kencing tilam, pengurusan masa tidur dan kawalan masa seronok. Kadang2 baca buku bersama.


Anak2 pula gemar minta terjemahan bahasa inggeris yang didengari nya. Telinga lintah mereka mendengar setiap ungkapan bahasa inggeris dan mohon diterjemahkan sebab nak guna semasa bermain dengan kawan2.
Penting juga rupa nya bawa anak bersiar melancong menonton dan bermain di luar kawasan. Hasil nya dia lebih banyak idea untuk bercerita dan mengingat momen bersama.


Kadang2 terdetik dihati. Dalam pada kita menghantar anak belajar. Sebenar nya siapa yg sedang belajar, diakah atau kitakah?


Ottantiff - belajar sampai mati

No comments: