Sunday, 22 August 2021

Jurutera tanpa ijazah?

Betul - betul sebulan sebelum melangsungkan akad nikah, terkejut dengan surat tawaran lantikan jurutera servis. Perlantikan yang berlaku secara tiba - tiba itu, menafikan beberapa lagi orang yang lebih senior membuatkan hati memang tergamam. Tapi dengan elegen terima dengan hati terbuka sebab ada kenaikan gaji yang rasanya, memang banyak lah. Berpendapat, ini rezeki kahwin. Tapi apa yang tak sedar dan terfikir ialah tanggungjawab yang datang dengan jawatan ni. 

Jurutera bukan satu jawatan main - main. setiap masalah mesti didatangkan dengan penyelesaian secara kejuruteraan. tapi agak beruntunglah sebab client kompeni aku, pengetahuan tentang control adalah lebih rendah. Dan dengan pasukan yang diketuai oleh manager dan supervisor yang sangat pandai dan tahu nak atur cara menyelesaikan setiap masalah yang diutarakan. 


Tapi tak bolehlah biarkan diri berterusan jadi jurutera tanpa ijazah. Senyap-senyap ambil ijazah sarjana muda elektrik kuasa secara separuh masa di UTM SPACE bermula dari tahun 2010 dan berakhir 2016, dan berjaya konvo. Berkat doa ibu abah isteri, sokongan kawan kawan, bos dalam tyco dan sedikit usaha, alhamdulillah aku Allah izin sempurnakan ijazah bersama kawan kawan yang sama masuk air hahahah.

Teringat masa nak hantar final year project, dapat pula supervisor direct degree-master-phd yang tak tahu lah ada pengalaman industri. setiap apa yang dipersembahkan, dia kagum saja. Lagipun dengan resources yang digunakan pinjam KLCC bernilai dekat RM100k, memang mahu dia tak kagum. Dengan panel-panel pemeriksa pun terkaku tengok presentation yang rasa nya tak ada nilai akademik langsung. Entah lah hahaha. Tapi serius lah semua ini asli, buat sendiri dan tak upah sesiapa pun. Segar dari ladang kata iklan susu. 

ottantiff - belajar itu proses yang tak ada hujung

No comments: