Setiap manusia pasti (atau mungkin tak) cenderung untuk mempunyai pendirian politik. Sama ada berada di pihak pembangkang atau pihak pemerintah. Dengan pendirian bersifat kebangsaan, keagamaan atau di pihak ideologi yang entah dari mana datangnya ideologi (aduhai, tak larat nak membaca kaji) pastinya akan menegakkan pendirian yang dipegang oleh kumpulan mereka. Sampaikan sanggup dalam sedar atau tidak melukakan hati saudara mara kawan-kawan atau pun orang lain yang bersama mereka.
Pernah beberapa kali terguris hati dengan kata-kata kasar ahli kumpulan parti yang disokong tidak mematahkan sokongan kepada parti yang itu, kerana sedar mereka pun bukannya sesiapa pun. Malah tahu pun ada diantara mereka yang melabelkan diri mereka 'pejuang' walaupun hakikat mereka cuma tahu beberapa kalimat arab seperti ana dan anta saja.
Gerak kerja kumpulan itu mula dibentuk semenjak berada di kampus lagi. Tidak mahir dengan ilmu islam, malah tidak dipandang pun oleh pimpinan menyebabkan sumbangan tenaga hanya tertumpu kepada aspek teknikal sahaja. Wah betapa besarnya cinta dan takut itu. Dengan ancaman api neraka dan ganjaran syurga yang dibawahnya mengalir sungai- sungai, terbentuk lah ukhwah dengan harapan akan berkekalan hingga ke syurga. Tidak tahu bagaimana boleh terpilih untuk meyertai kumpulan itu, malah melangkaui syarat seperti mesti menyertai usrah, perjumpaan jemaah, beberapa siri tamrin dan program - program khas. Jemputan untuk tinggal bersama di rumah jemaah dipenuhi. Dengan harapan dapat bersama dengan satu kumpulan yang tawadduk, zuhud, beriman, sentiasa beribadah dan kuat belajar (elektronik susah woo). Walaubagaimanapun apabila berakhirnya pengajian, perlahan - lahan mengundurkan diri dari penggabungan dengan mereka kerana nampak benar sanjungan mereka hanya kepada kepimpinan atasan sedangkan yang kecil tidak berjawatan dipandang sebelah mata (atau tak pandang pun).
Apapun doa dipanjatkan semoga rakan-rakan di luar sana semoga tetap sihat, ceria dan aktif dalam bidang masing - masing. Ameen.
ottantiff - ikhlas tapi rumah jauh
No comments:
Post a Comment