Dijemput untuk menyertai kumpulan sembang ApeHalBeruk (WatApes) jemputan diterima dengan hati gummmmbira. Maklumlah kawan-kawan lama di universiti dahulu. Itu tandanya ada kawan - kawan yang ingat. Oh ya, kumpulan sembang ini memberi nama Mantan Lasykar Sejahtera dan berjaya mengumpulkan sekitar lima puluh orang ahli. Ada diantara mereka sudah pun berumahtangga sesama sendiri. Huh sudah tentu muslimin dan muslimat yang berkahwin.
Memulakan sembang dengan salam taaruf yang nyata menampakkan yang mereka sebenarnya dah lupakan orang - orang yang tak penting (>> tak penting<<), khabar beredar disekitar bekas - bekas pimpinan kampus dahulu. Tak mengapa lah, selaku orang yang tak penting memang lah tak penting. Malah sapaan khabar tak terbalas pun. Memang tak penting pun. Lagi lah di pihak muslimat memang tak wujud terus pun (ha ha ha).
Pemanas ruangan sembang sudah tentulah kisah politik dipihak yang tidak disukai. Masing-masing mengeluarkan pendapat, dalil dan nas dari quran sunnah ijmak serta fatawa saudi azhar pakistan dan ulamak nusantara. Berbekalkan bacaan dari facebook dan diskusi dengan kawan-kawan jahil ditempat kerja, perbincangan mereka dicelah juga. Tak mahu ketinggalan dalam situasi politik terkini. Tapi setiap celahan menampakkan yang betapa tertinggalnya dalam arus politik terkini. Heh!
Tapi dalam reramai itu ada pulak seseorang mamat (yang dianggap junior) terlebih beri idea. Abang - abang senior yang merasa mereka dah terlalu lama dalam dunia politik seakan tercabar kerana seolah setiap hujah mereka dipatahkan. Tercabar dengan sikap mamat hizbut tahrir, akhirnya mamat tu dikeluarkan dari laman sembang atas alasan provokasi. Tak apa lah, itu hak admin dan 'jawatankuasanya'.
Dalam pada itu tempias turut terasa apabila cuba bertanyakan sesuatu persoalan di dalam laman sembang. Disangkakan mereka semua itu ahli dalam ilmu agama (berdasarkan hujah dan debat agama yang mencakupi perbincangan di peringkat pemikiran tertinggi) akhirnya mendapat jawapan : bahawasanya si bahalul akan menggunakan bahasa boombastic ,dan menghina orang yang bertanya demi mendapatkan keagungan diri. Dan apabila terdedah kelemahan diri hanya satu kalimat pendek terucap,
"maaf jika buat kamu tersinggung."
Lantas keluar dari kumpulan sembang. Uh, betapa mudahnya. Menyimpan hasrat untuk mematahkan beberapa tulang rusuk sebelah kirinya (paksi khayalan), hasrat itu pudar apabila mengenangkan isterinya yang bersungguh mempertahankan tindakan suaminya. Tak mengapalah, budak-budak memang macam tu. Masih kecil dan perlu banyak bersabar.
Mungkin apabila tiba ketikanya, keputusan untuk keluar dari kumpulan sembang ini akan di ambil. Menjadi pihak yang mendengar sahaja sedangkan pihak yang disana tidak mendengar tidak membuatkan rasa berada di dalam "jemaah". Kerna jemaah itu senantiasa ramai dengan pemimpin yang tunggal.
Ottantif - Bukan Pimpinan, Tidak Popular.
No comments:
Post a Comment