Baru - baru ini rakan sebilik ada meluahkan hajatnya untuk membuat jamuan mengejut kepada satu - satu nya saudara perempuan yang dia ada sebab yang lain sudah pun meninggal dunia (dalam bentuk sperma). Mungkin kerana tekanan kewangan, maka majlis itu dilakukan dengan tidak terurus. Atas persetujuan rakan serumah maka hadiah telah dibeli. Satu barangan berguna dan agak mahal (berdasarkan apa yang ada dalam poket) dan kek kongsi tiga penyambut harijadi (bajet).
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun tidak terurus. Malah makanan pula berlebih - lebihan. Siap boleh ulang makan pagi esok. Menumpang sambutan majlis, kenduri doa selamat kelahiran keluarga baru dan dapat berkumpul keluarga Bani Sulaiman di rumah disertakan.
Tapi memang perasaan kecewa terukir juga sebab orang yang dirai tak jeling tak sentuh langsung hadiah yang diberi. Sehinggalah rakan sebilik menegurnya esok pagi. Tetapi segera muhasabah diri. Tak mengapalah, sekadar menunaikan hasrat rakan sebilik. Biasalah semasa senang, cari kekasih. Bila susah baru kenal saudara (paku dulang paku serpih sama dengan yang memblog ni).
ottantiff - sedia berkhidmat
3 comments:
xajak kitaorg pun.. hehe..
kecil kecilan sahaja
sebagai wakil nk ucapkan terima kasih..hihi minta maaf ye saudara bakal rakan sebilik..=)
Post a Comment