Jam 3 pagi dikejutkan dengan panggilan dari Bilik Kawalan Sistem Bangunan mengatakan Delta T sudah menghampiri bacaan 1ºc. Apa, 1ºc? Apakah program yang ditulis tidak berkesan atau terdapat kerosakan dalaman pada peranti kawalan?
Setelah diteliti maklumat dari pegawai bilik kawalan, rupanya terdapat kerosakan pada bahagian penyaluran air dingin di pusat penyaluran air dingin. Permintaan untuk mendapatkan maklumat terperinci gagal diperolehi kerana panggilan tidak dijawab. Terpaksa lah pegawai itu berulang - ulang membuat panggilan telefon kepada bilik kawalan mereka.
Pagi - pagi setelah sampai ke bilik kawalan barulah mengetahui kejadian sebenar. Ura - ura mengatakan berlaku kebakaran pada mesin pengubah elektrik yang merebak ke pendawaian lain. Namun maklumat itu belum dapat disahkan. Apa yang pasti sekarang ini pekerja menara sedang mengalami suhu yang lebih tinggi daripada biasa. Dan keadaan ini dijangkakan berlarutan sehingga dua hari.
ottantiff - hari yang sibuk.
No comments:
Post a Comment