Hidup ini seperti memandu sebuah kereta. Kadang - kadang bertembung juga dengan persimpangan. Kadang - kadang ada tol. Kadang - kadang terkena kecemasan tayar bocor atau ketiadaan stesen petrol semasa meter petrol menghampiri aksara E. Ada juga pilihan - pilihan yang harus dibuat yang mana salah satu dari pilihan itu pasti akan melukai salah seorang dari kesayangan - kesayangan kita. Namun perkara - perkara itulah yang mematangkan hidup, menajamkan akal.
Bukanlah seorang yang pakar dalam hal rumah tangga dan masih belajar untuk menjadi pasangan yang baik. Belajar untuk mengatur kewangan rumahtangga agar tidak semput di akhir bulan. Memenuhi kehendak - kehendak ahli rumah di sepanjang hari. Menggunapakai nasihat - nasihat dari pasangan, rakan - rakan dan senior dahulu.Kerja lebih masa juga diperlukan untuk menambah sumber pendapatan yang keluar setiap bulan. Dengan lebihan pendapatan, dapat dijadikan simpanan atau membeli keperluan harian melebihi daripada biasa.
Alhamdulillah pasangan hidup kini mempunyai pendapatan sendiri. Dapatlah pasangan membeli aksesori untuk dirinya yang telah lama ditahan keinginannya semenjak dari mula bernikah. Baju, kasut, beg. Beratus jenama beribu gaya. Tapi peringatan sering juga diberikan agar tidak lupa mengadakan simpanan kecemasan. Perubatan, automotif dan balik kampung. Itu semua kecemasan dan mandatori.
Walaupun keadaan ekonomi keluarga sudah menjadi agak stabil setelah melalui lima tahun yang jerih, namu masih ada kehendak - kehendak diri yang perlu dibelakangkan. Tak percaya cuba lihat peti televisyen pancaran katod yang masih bersaiz 14 inci. Tak mengapalah, itu cuma hiburan yang bersifat lalai dan sia - sia. Tak lupa dengan selular pintar, masih bertahan dengan model usahawan 63. Selagi boleh menjawab panggilan dan teks pesanan. Melayari beberapa jaringan asas. Insya Allah suatu hari nanti.
ottantiff - buah buah kesabaran itu amat manis.
2 comments:
syukur alhamdulillah.. moga lepas ini akan lebih stabil.. begitula dugaan allah.. harap sabar menghadapinya.. mcm kami jgk, wlaupun kedua2 bekerja namun ianya tetap tidak stabil lagi. tp bersyukur dgn ape yg ada..
Alhamdulillah syukur
Post a Comment