Sunday, 6 January 2013

2012 = 2013 kah?

Sudah beberapa jejak meninggalkan tahun masehi 2012 yang berakhir dengan dentuman bunga api dan perasaan hati yang berdebar - debar dengan kemungkinan lampu limpah menara berkembar Petronas padam disebabkan oleh ketololan perisian sistem kawalan bangunan yang tau hujung pangkal. Walaubagaimanapun tindakan pertahanan telah diambil utk mengelakkan kecuaian sistem yang masih tak reti - reti lagi membanding jam sistem dengan jam diri sendiri.
Sedang berada di Bilik Pusat Kawalan Kebakaran

Rakan sebilik hanya mampu menghela nafas pendek kerana pasangan bual nya hanya mampu mengiakan kalimat penyelia agar dua orang pekerja menetap di bangunan komersil pencakar langit sepanjang pesta tahun baru yang menyaksikan kebodohan muda mudi menari tak tentu arah hanya dalam air mineral tapi mabuk gila bak baru meminum satu gelen guinness stout wunglike nallerekek.

Masalah sistem ini masih belum mampu diselesaikan kerna selaku rakan yang sangat prihatin dengan masalah rakan - rakan lain yang tak reti - reti nak selidik sendiri setiap kelakuan sistem kawalan. Belumpun sempat jemari nan sempurna kurniaan tuhan ini menyentuh papan kekunci untuk menyudahkan laporan bulanan atau menyelidik kebengongan sistem ada saja pertanyaan yang perlu dilayan demi kerna tak mahu bertanggungjawab atas akibat setiap kegagalan yang bakal berlaku. 

usus inilah yang menanggung rasa
Bertugas sebagai ahli aplikasi kejuruteraan, servis dan kadang - kadang wakil penyelia membuatkan rasa seperti hamba abdi amat menebal dalam usus. Walaupun kedengaran suara "abang ni memang expert lah" tetapi nada itu terasa lebih sindiran dari penghargaan. Tetapi suara hati tidak akan kedengaran di telinga orang - orang yang mata hati nya tumpul. Hanya tahu meminta tanpa reti dan faham bila masanya untuk memberi.

Perangai akhlak seperti seolah bersifat sejagat. Pasti ada seseorang yang akan bekerja demi untuk menjaga kepentingan semua. Tapi lihatlah nanti. Apakah bila tiba masa untuk memohon pengorbanan balas, penerima akan ghaib lesap bak disapu angin lembut malam jam 0300 hrs waktu tempatan. 

Dalam menjalankan tanggungjawab seharian tak pernah bermain dalam minda tentang memohon kenaikan upah bulanan kerna rasa yakin kepada ketentuan rezeki yang telahpun ditetapkan oleh Tuhan. Walaupun begitu demi memenuhi tuntuan emosi rakan - rakan yang selalu bicara tentang gaji, rasa tak puas hati yang dibuat buat itu diluahkan bersama. Tidak berminat menjadi pengamal ajaran qadariah yang amat ditakuti, masuk neraka tak keluar - keluar. Semoga hati yang tak sunyi dari dosa ini disucikan sifat itu. Ameen.

No comments: