Sambutan aidilfitri diadakan selepas sebulan berpuasa. Menurut apa yang difahami dari kuliah ustaz - ustaz, sambutan aidilfitri diadakan hanyalah pada satu syawal setiap tahun. Di tanah air tercinta ini, sambutannya dilanjutkan ke akhir bulan Syawal. Memandangkan kebanyakan ahli kota pulang ke kampung masing - masing, rumah terbuka diadakan sepanjang bulan Syawal.
Warga kota gemar mengadakan rumah terbuka aidilfitri di hujung minggu. Manakala syarikat - syarikat mengadakannya di waktu kerja semasa waktu makan tengahari. Jimat belanja lah bagi pekerja - pekerja yang terlebih belanja semasa sambutan aidilfitri. Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan oelh Allah dinikmati bersama secara beramai - ramai.
Sepanjang Syawal ini bermula dari satu syawal hingga anak bulan syawal kembali hilang, sekitar tiga puluh jemputan yang diterima. Lelah memenuhi kesemuanya namun digagahi jua kerna yang nikmat itu bukan makanannya tetapi nikmat nilai persaudaraan yang dibawa. Lihat lah senarai undangan yang diterima seperti dibawah.
1. Bapa saudara di Tawang
2. Sepupu isteri di Kubang Kerian
3. Sahabat isteri di Pasir Tumbuh
4. Jiran depan rumah
5. Jiran tepi rumah
6. Jiran kawasan perumahan
7. Jiran kawasan perumahan
8. Jamuan idulfitri Tyco
9. Jamuan idulfitri Newfield
10.Rakan sekerja
11.Rakan isteri
12.Rakan isteri
13.Rakan isteri
14.Rakan isteri
15.Jamuan idulfitri KLCCUH
16.Pot Luck Tyco cawangan KLCC
17.Jamuan idulfitri Topaz 3
18.Sepupu
19.Makcik kantin
20.Rakan isteri
Tidak semua undangan dapat dipenuhi. Harap orang yang menjemput tidak kecil hati. Maklumlah luang masa yang ada dengan jarak yang agak jauh, maksimum empat rumah sahaja yang dapat dikunjung sehari.
ottantiff - silaturrahim ini tak akan terpisah
2 comments:
rumah sy dh msk senarai ke.. huhu
tidak termasuk dalam list kerna saat pos ini ditaip, undangan masih dalam pertimbangan ha ha ha
Post a Comment