Thursday 26 January 2012

Skrin Bercahaya

Teratak kami dilengkapi dengan satu unit  peti telivisyen bersaiz 14 inci jenama Aiwa. Tak pasti keluaran negara mana. Kata ayahanda ku keluara China dan Amerika. Alasan nya 'Ai' itu iaitu 'saya' dan 'Wa' itu  我  iaitu 'saya' juga. Jadi keputusan telah diambil untuk menelan saja telahan ayahanda sementelah telivisyen ini adalah hadiah daripada ayahanda. Telivisyen ini telah menjalankan khidmatnya dengan cemerlang semenjak ia mendiami rumah ini 4 tahun lepas. Satu tempoh yang agak lama. Tugas untuk menghiburkan tetamu - tetamu rumah dijalankan dengan cemerlang. 
Gambar ihsan Aiwa TV co ltd

Sepertimana dapur takkan berasap sekiranya isi rumah sering makan di kedai, begitulah skrin telivisyen ini. Takkan bercahaya jika rumah tidak bertetamu. Aktiviti depan telivisyen amat jarang. Hanya apabila ada langganan DVD barulah telivisyen ini akan bercahaya. Cuma sejak akhir - akhir ini rakan sebilik kembali gemar menonton kerana kebosanan menanti tempoh pantang bersalin tamat. Melayan slot drama melayu sambil sambil bersembang dengan rakan sebilik - seronok juga ya.

ottantiff - layan DVD Black RX. 

2 comments:

Unknown said...

OWH RAKAN SEBILIK.. HEHE

ottantiff said...

Kira rakan sebilik lah tu. haha