Hidup dalam keluarga yang cukup-cukup makan ni, makan angin adalah perkara yang amat jarang terjadi sepanjang duduk dengan ibu abah. Ada lha pergi berkelah kat Bukit Bakar, pergi Pantai Irama tapi nak dapat pergi Langkawi ke atau Penang jangan harap lah. Alah kalau balik kampung kat Gombak, KL pun tak pernah bawa gi Dataran atau Tugu Negara. Jenis abah ni dia risau lebih dangat takut nanti anak lintas jalan dan dia risau belanja tu. Takpe lah ibu dan anak faham sangat.
Penginapan |
Tapi bila income dia macam stabil memang lah dia bawak pergi Cameron Highland lah, Genting Highland lah dan tumpang tiket Proton ke Sunway Lagoon. Tapi masa tu anak - anak banyak dah kerja jadi yang ikut cuma adik - adik yang tengah sekolah. Tu lah sebenar nya dia nak pergi jalan - jalan tapi kekangan kewangan sebab dia rasa makan pakai dan pendidikan anak - anak itu lagi penting.
kolam air anak |
Tanggal bulan November 2019, angel ajak pergi kenduri kahwin kawan dia dekat Bukit Mertajam. Kata nya boleh lah kita merayau pergi Pulau Pinang sekali. Hm buat muka ketat, cakap kat angel tengok lah padahal dalam hati berbunga - bunga. Wauuu tak pernah keluar dari tanah besar, kira kali pertama lah ni hahah. Mula - mula dapatkan tempat tinggal. Itu mudah saja, guna website trivago lah. Dapat lah apartment selesa 2 bilik, ada kolam mandi kecil dekat ground tu untuk anak main. Yang bagus nya rumah ni ada mesin basuh dan sabun basuh. Ada pulak tilam spare, cantek lah.
bergambar sebelum naik |
Pertama kali menyeberang laut menggunakan jambatan Pulau Pinang, pergh bangga gila tapi buat muka cool jer depan angel. Hahaha teruk lah orang jarang merayau ni. Angel ada ambil gambar dan video tapi tak minta sebab video dia panjang kan. Aktiviti pertama cari rumah penginapan guna google map jer. Sampai sana ambil kunci dan simpan beg. Lepas solat jamak, nak keluar lah cari nasi kandar kan. Tunjukkan dia kedai mamak ni okay tak, dia kata taknak kedai mamak tapi nak nasi kandar. Hadui kedai mamak tu nasi kandar lah. Last2 pergi makan kedai mamak Sup Hamid. Sedap lah sup kambing nya memang boleh repeat lagi ni.
Panorama dari atas |
Balik penginapan rehat - rehat sekejap terasa macam bazir pula malam tak keluar jalan - jalan, lagi pula boleh jamak qasar musafir kan. Pergi satu tempat yang kata nya meriah tapi tak tahu lah timing salah agaknya sebab tempat tu macam tengah renovate. Tak ada pula acara meriah masa round kat situ. Sambung lagi pergi Bayan Lepas dekat bandara tu. Singgah sekejap Komtar tapi masa tu dah nak dekat time tutup, boleh tengok saja lah orang kemas - kemas barang. Sempat lah beli baju untuk anak - anak. Makan lagi cha koay teow tu memang rasa Penang lah. Dah penat balik semula penginapan, tonton tv dan tidur. Rancang nya pagi esok nak ke Bukit Bendera.
masuk studio marvel |
Pagi - pagi lagi bersiap, sarapan beli bungkus jer. Naik Bukit Bendera dengan kereta kabel akhirnya dapat juga sampai salah satu tempat Tyco buat servicing fire alarm. Dapat tgk jambatan yang menyambungkan pulau dengan tanah besar. Panorama yang sangat indah dan momen yang menyenangkan.
Turun dari Bukit Bendera di situlah terus keluar dari pulau menuju tanah besar. Itu lah percutian terakhir sebelum Malaysia dan dunia dilanda musibah - Covid 19
ottantiff - lepas ni survey dulu nasi kandar mana yang best hahaha
No comments:
Post a Comment