Sunday, 19 September 2021

Empat belas tahun


 

Tahun 2007 - 2021 (hari ini), bersama dengan mu. Membina hidup, membina keluarga. Permulaan hidup bersama, tinggal dirumah kecil. Katil tilam pun tak ada. Diherdik dicaci oleh oleh saudara kandung. Konon nya berkahwin sebab nak berhenti belajar. Pandai pula meramal, nanti belajar separuh jalan. Hidup bakal gagal.

Sebenar nya hatimu sayu. Diam menangis di awal perkahwinan. Tak mengapa lah, mereka tak tahu niat sebenar mu. Tak mahu hidup susahkan orang lain. Dari situ lah terbit ketabahan hati. Meneruskan pengajian sampai ke peringkat ijazah. Sambil memantapkan lagi kemahiran perniagaan. pergi bilik ke bilik menjual kurma. 

Mula - mula tinggal di asrama, hujung minggu pulang ke syurga lama kita di Cheras. Agak nya tak kuat menanggung rindu, asrama ditinggalkan dan mula lah berulang alik secara harian. Walaupun agak sempit tapi tak mengapalah, asalkan hatimu tenang. 

Di akhir pengajian, dikurniakan keluarga kita dengan anugerah yang comel. Nuh pilihan nama kita. Ye lah, nama suami mu pun dah tiga perkataan. Comel dan sentiasa riang. Bila dah besar patuh, rajin, cerdik dan matang. 

Tamat belajar berpindah ke syurga baru kita. Lihat dirimu dalam pada sibuk mengajar dan melaksanakan tugas sebagai guru. Mengambil peluang memulakan perniagaan. Bermula dari kek, roti, beg tangan, produk elektrik dan sekarang penjagaan kecantikan. Nampak bersungguh benar. 

Tahun kedua berkhidmat, kita dikurniakan lagi rezeki dengan anak kedua. Hud yang comel, lincah dan lucu. Walaupun manja, dia taat dan tak banyak permintaan. 

Bila dirimu mula ada kenderaan sendiri, baru lah adik beradik yang tak pandang sebelah mata dulu nampak dan mengaku saudara. Tapi hatimu yang membara itu terpujuk. Tak mahu lah besar - besarkan kisah dahulu.

Di tahun ke lima perkhidmatan, sekali lagi menerima kurniaan Allah dengan anak gadis comel dan manja. Azkiyaa, pilihan nama mu. Comel dan manja, banyak bicara dan ringan tulang. Alhamdulillah, inilah kurniaan. Dan peneman mu seorang isteri.  

Kadang - kadang terlihat kamu lebih banyak berusaha untuk keluarga kita. Cuba mencari lebih dengan perniagaan, mengajar al quran dan menyimpan lebihan belanja untuk kita. Sentiasa mahukan terbaik untuk kita dan anak - anak. Tapi bibir mu sentiasa berkata redha. Terima kasih, cinta hatiku. 

Sedari yang masa kecilmu tidaklah indah semenjak mak dan ayah pergi. Tinggal menumpang kasih abang dan kakak ipar, hidup mu tidak lah riang seperti remaja yang lain. Berharap agar dengan berkahwin awal adalah pilihan yang betul untuk mengubah nasib. Insya Allah, ikatan pernikahan ini memang alur yang diberi Allah untuk menjadikan kita lebih baik. 

Kini meniti hari untuk mendapat anak yang keempat. Doa diiringkan agar dirimu berjaya mengharungi jerih payah bersalin. Seperti anak yang lain, akan setia bersamamu semasa melahirkan anak. Ingin melihat sendiri dan membayangkan bagaimana jerih payah seorang ibu (terutama ibu Fauziah Ismail). 

Semoga esok baik - baik saja. Walaupun sebenar nya hati ini berdebar. 

ottantiff - doakan cinta kami, taulan semua ♥♥♥

No comments: