Sunday, 19 September 2021

Empat belas tahun


 

Tahun 2007 - 2021 (hari ini), bersama dengan mu. Membina hidup, membina keluarga. Permulaan hidup bersama, tinggal dirumah kecil. Katil tilam pun tak ada. Diherdik dicaci oleh oleh saudara kandung. Konon nya berkahwin sebab nak berhenti belajar. Pandai pula meramal, nanti belajar separuh jalan. Hidup bakal gagal.

Sebenar nya hatimu sayu. Diam menangis di awal perkahwinan. Tak mengapa lah, mereka tak tahu niat sebenar mu. Tak mahu hidup susahkan orang lain. Dari situ lah terbit ketabahan hati. Meneruskan pengajian sampai ke peringkat ijazah. Sambil memantapkan lagi kemahiran perniagaan. pergi bilik ke bilik menjual kurma. 

Mula - mula tinggal di asrama, hujung minggu pulang ke syurga lama kita di Cheras. Agak nya tak kuat menanggung rindu, asrama ditinggalkan dan mula lah berulang alik secara harian. Walaupun agak sempit tapi tak mengapalah, asalkan hatimu tenang. 

Di akhir pengajian, dikurniakan keluarga kita dengan anugerah yang comel. Nuh pilihan nama kita. Ye lah, nama suami mu pun dah tiga perkataan. Comel dan sentiasa riang. Bila dah besar patuh, rajin, cerdik dan matang. 

Tamat belajar berpindah ke syurga baru kita. Lihat dirimu dalam pada sibuk mengajar dan melaksanakan tugas sebagai guru. Mengambil peluang memulakan perniagaan. Bermula dari kek, roti, beg tangan, produk elektrik dan sekarang penjagaan kecantikan. Nampak bersungguh benar. 

Tahun kedua berkhidmat, kita dikurniakan lagi rezeki dengan anak kedua. Hud yang comel, lincah dan lucu. Walaupun manja, dia taat dan tak banyak permintaan. 

Bila dirimu mula ada kenderaan sendiri, baru lah adik beradik yang tak pandang sebelah mata dulu nampak dan mengaku saudara. Tapi hatimu yang membara itu terpujuk. Tak mahu lah besar - besarkan kisah dahulu.

Di tahun ke lima perkhidmatan, sekali lagi menerima kurniaan Allah dengan anak gadis comel dan manja. Azkiyaa, pilihan nama mu. Comel dan manja, banyak bicara dan ringan tulang. Alhamdulillah, inilah kurniaan. Dan peneman mu seorang isteri.  

Kadang - kadang terlihat kamu lebih banyak berusaha untuk keluarga kita. Cuba mencari lebih dengan perniagaan, mengajar al quran dan menyimpan lebihan belanja untuk kita. Sentiasa mahukan terbaik untuk kita dan anak - anak. Tapi bibir mu sentiasa berkata redha. Terima kasih, cinta hatiku. 

Sedari yang masa kecilmu tidaklah indah semenjak mak dan ayah pergi. Tinggal menumpang kasih abang dan kakak ipar, hidup mu tidak lah riang seperti remaja yang lain. Berharap agar dengan berkahwin awal adalah pilihan yang betul untuk mengubah nasib. Insya Allah, ikatan pernikahan ini memang alur yang diberi Allah untuk menjadikan kita lebih baik. 

Kini meniti hari untuk mendapat anak yang keempat. Doa diiringkan agar dirimu berjaya mengharungi jerih payah bersalin. Seperti anak yang lain, akan setia bersamamu semasa melahirkan anak. Ingin melihat sendiri dan membayangkan bagaimana jerih payah seorang ibu (terutama ibu Fauziah Ismail). 

Semoga esok baik - baik saja. Walaupun sebenar nya hati ini berdebar. 

ottantiff - doakan cinta kami, taulan semua ♥♥♥

Friday, 17 September 2021

Serbuk kari atau kicap pekat

 Angel memang suka masak dan alhamdulillah setakat duduk bersama tak pernah mengecewakan. Masakan minang atau kelantan, dia boleh layan lah. Sesetengah resepi tu belajar dengan ibu tapi paling banyak ambil kat internet. Setiap kali dia masak dia tanya lah sedap ke tak dan memang sedap ler walaupun tak sama masakan ibu kan. 

Suatu hari tu dia nampak ibu goreng mee dan letak serbuk kari masi tengah tumis bawang. Dia fikir ini agak nya rahsia kesedapan mee goreng ibu sebab memang bila ibu goreng anak - anak makan macam the last supper plak. Memang lepas tu angel buat mee goreng letak serbuk kari dan rasa nya sedap lah marvelous. Orang lain pun makan tertanya-tanya rahsia sebab memang sedap dan lain. 

Ada juga pesan kat angel kalu masak sedap sangat nanti pergi kedai makan jadi tak sedap pula. Memang pun lepas pada tu dah tak order mee goreng sebab rasa tak sedap walaupun kat rumah goreng dengan lauk telur dan sayur sawi kobis. Daripada sebungkus mee kuning, sekarang dah kena goreng dua pulak. Hm camno lah anak tak besar daripada orang lain kalau macam ni gaya makan nya. 

Baru-baru ni sebelum PKP balik kampung jenguk ibu dan tengok ibu goreng mee. Nak makan sarapan ke nak makan petang, entah lah lupa dah. Eh eh dia tak pakai pulak serbuk kari, letak kicap pekat pula. Masih lagi rasa sedap mee goreng nya. Jadi sebenar nya rahsia sedap masak ni kat serbuk kari atau kicap pekat? Keliru keliru. 


ottantiff - Dua-dua suka

Universe 25 - Bila makanan dah terlampau banyak

 Artikel ini adalah terjemahan dari artikel FB oleh Ray Long, menceritakan sifat tikus yang diberikan hidup selesa tetapi bila terlalu ramai, dan inilah hasil nya... 

Gambar internet lah
Eksperimen "Universe 25" adalah salah satu eksperimen yang paling menakutkan dalam sejarah sains, yang, melalui tingkah laku koloni tikus, adalah usaha para saintis untuk menjelaskan masyarakat manusia. Idea "Universe 25" berasal dari saintis Amerika John Calhoun, yang mencipta "dunia ideal" di mana ratusan tikus akan hidup dan berkembang biak. Lebih khusus lagi, Calhoun membina apa yang disebut "Paradise of Mice", ruang yang direka khas di mana tikus mempunyai banyak makanan dan air, serta ruang hidup yang besar. Pada awalnya, dia meletakkan empat pasang tikus yang dalam waktu singkat mulai berkembang biak, sehingga populasi mereka bertambah dengan cepat.

John B Calhoun 

Walau bagaimanapun, setelah 315 hari pembiakan mereka mula menurun dengan ketara.  Ketika jumlah tikus mencapai 600, hierarki terbentuk di antara mereka dan kemudian apa yang disebut "celaka" muncul. Tikus yang lebih besar mula menyerang kumpulan itu, dengan hasilnya banyak lelaki mula "runtuh" ​​secara psikologi. Akibatnya, betina tidak melindungi diri mereka dan seterusnya menjadi agresif terhadap mereka yang masih muda. Seiring berjalannya waktu, wanita menunjukkan perilaku yang lebih agresif, elemen pengasingan dan kurang mood pembiakan.

 Terdapat kadar kelahiran yang rendah dan, pada masa yang sama, peningkatan kematian pada tikus yang lebih muda. Kemudian, muncul kelas tikus jantan baru, yang disebut "tikus cantik". Mereka enggan mengawan dengan wanita atau "bertengkar" untuk tempat mereka. Yang mereka pedulikan hanyalah makanan dan tidur.  Pada satu ketika, "lelaki cantik" dan "wanita terpencil" terdiri daripada majoriti penduduk. Menurut Calhoun, fasa kematian terdiri dari dua tahap: "kematian pertama" dan "kematian kedua."

 Yang pertama dicirikan oleh hilangnya tujuan dalam hidup di luar kewujudan semata - tidak ada keinginan untuk mengawan, membesarkan anak muda atau mewujudkan peranan dalam masyarakat. Seiring berjalannya waktu, kematian remaja mencapai 100% dan pembiakan mencapai sifar. Di antara tikus yang terancam punah, homoseksual diperhatikan dan, pada masa yang sama, kanibalisme meningkat, walaupun terdapat banyak makanan.

 Dua tahun selepas permulaan eksperimen, bayi terakhir dari koloni dilahirkan.  Menjelang tahun 1973, dia telah membunuh tikus terakhir di Universe 25. John Calhoun mengulangi eksperimen yang sama sebanyak 25 kali, dan setiap kali hasilnya sama.


Gambar internet lah
Karya ilmiah Calhoun telah digunakan sebagai model untuk menafsirkan keruntuhan sosial, dan penyelidikannya berfungsi sebagai titik fokus untuk kajian sosiologi bandar. Kami kini menyaksikan persamaan langsung dalam masyarakat masa kini .. lelaki lemah, feminis dengan sedikit kemahiran dan tidak mempunyai naluri perlindungan, dan wanita yang terlalu gelisah dan agresif tanpa naluri keibuan ...

Tuesday, 14 September 2021

Kuala Lumpur, ibu negara

 

Profile pic famili gombak

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Itu lah kata kebanyakan orang. Tapi pada satu sisi hidup ini, Kuala Lumpur itu juga kampung halaman abah. Nampak gah bukan, abah berasal dari KL. Tapi sehingga ke umur 18 tahun, Kg Sungai Mulia itu lah KL. Abah tak pernah bawa pergi ke pusat bandar. Tak pernah tengok bangunan tinggi, pasaraya besar dan orang ramai kecuali stesen besar keretapi sebab nak pergi balik Kelantan semula mesti naik keretapi. Agak nya abah pun tak tahu nak bawa ke mana anak anak. 

Gambar internet ler

Tapi bila diterima masuk UTM tahun 1998 dan kena tinggal asrama kolej ke empat di Kg Baru, mula lah kena KL ini dengan Chow Kit sebab kena naik bas ke sana sebelum transit bas Len Seng 14A untuk ke Kg Sg Mulia, Gombak. Maka tahu lah kawasan sekitar seperti stesen bas timur PWTC, Mydin dan stesen bas Pekeliling. Masa tu nampak bangunan baru naik KLCC sebab menghadap kolej. Memang rasa bangga tapi tak pernah nak ke sana. Mana lah ada kenderaan dan tak tahu nak naik bas nombor berapa. 

Gambar internet ler

Tak lama lepas tu 1999, abah kena transfer bertugas di stesen besar keretapi KL, dan keluarga pindah ke Shah Alam sebab tak dpt kuaters lagi. Mula dari situ, kenal lah Pasar Seni dan Bus Stand Klang sebab nak balik kena ambil bas kat sana. Mula lah kenal Pasar Seni dan jalanan dari sana ke Sogo dan Pertama Kompleks. Ada juga pergi ke Pudu Raya dan Petaling Street tapi tak pernah beli apa pun kat sana. 

Gambar internet ler

Bila abah dapat tahun 2000, kuaters di Bangsar, kenal lah Bangsar. Tempat konon high class sebab org kaya lepak situ, tak pernah lepak pun tapi ada lah naik motor lalu situ sebab nak pergi kedai buku MPH. Dekat 10 tahun juga tinggal sana sampai abah pencen tahun 2010. Dan mula lah merayau ke Mid Valley, Brickfield, Lake Garden. Sekali bawa abah jogging kat situ, sampai pencen dia jogging sana siap ada group jogging dia bekas polis, bekas pegawai kerajaan dan bekas Agong pun sekali (Almarhum Sultan Azlan Shah). Abah kan jenis sembang nice2 kan. 

Gambar internet ler

Umur 25, bila mula bertugas di KLCC, baru lah mula kenal kawasan KLCC, Bkt Bintang, Time Square dan kawasan sekitar. Oh sini pun kawasan lepas orang hado hado jugak. Tapi tak pernah lepak sana pun. Duk pusing tengok orang dengan motorsikal gamma yang berasap 2T tebal. 

Sepanjang explore ibu kota KL, tak pernah pun explore dengan kawan. Mesti berjalan, naik bas, naik tren dan ride solo jer. Bukan apa solo ni lebih puas dan boleh gerak ikut bajet sendiri. Susah pun sendiri, kena paw pun sendiri. Tapi alhamdulillah tak pernah kena apa pun. 

Cuma satu tempat jer KL tak terfikir nak explore - Sentul. Entah lah nampak cam boring jer. Ahahah.

Demikian lah KL yg dikenali secara berperingkat. Bukannya tak suka berjalan tapi kalu tempat tak ada kepentingan rasa macam, tak payah lah. Sekarang tak payah nak susah, google street pun dah boleh view zoom. 


Ottantiff - KL dimataku. 

Sunday, 12 September 2021

Minyak cap kapak - dari satu menjadi dua.

gambar internet dan edit sikit

Cerita pendek malam ini. Kisah tentang minyak legend ini memang digunakan untuk pelbagai tujuan. Tapi satu malam ditempat kerja, setelah selesai menyapu di kepala dan leher sebab sakit kepala. Pergi lah ke tandas nak buang air kecil. Eh eh lupa pula nak basuh tangan . Sudah nya malam tu yang sepatut nya satu kepala sakit, bertambah lagi satu kepala sakit. Aduhai seksa seksa.

ottantiff - mmm...

Pertama kali keluar dari tanah besar

 Hidup dalam keluarga yang cukup-cukup makan ni, makan angin adalah perkara yang amat jarang terjadi sepanjang duduk dengan ibu abah. Ada lha pergi berkelah kat Bukit Bakar, pergi Pantai Irama tapi nak dapat pergi Langkawi ke atau Penang jangan harap lah. Alah kalau balik kampung kat Gombak, KL pun tak pernah bawa gi Dataran atau Tugu Negara. Jenis abah ni dia risau lebih dangat takut nanti anak lintas jalan dan dia risau belanja tu. Takpe lah ibu dan anak faham sangat.

Penginapan

Tapi bila income dia macam stabil memang lah dia bawak pergi Cameron Highland lah, Genting Highland lah dan tumpang tiket Proton ke Sunway Lagoon. Tapi masa tu anak - anak banyak dah kerja jadi yang ikut cuma adik - adik yang tengah sekolah. Tu lah sebenar nya dia nak pergi jalan - jalan tapi kekangan kewangan sebab dia rasa makan pakai dan pendidikan anak - anak itu lagi penting. 

kolam air anak

Tanggal bulan November 2019, angel ajak pergi kenduri kahwin kawan dia dekat Bukit Mertajam. Kata nya boleh lah kita merayau pergi Pulau Pinang sekali. Hm buat muka ketat, cakap kat angel tengok lah padahal dalam hati berbunga - bunga. Wauuu tak pernah keluar dari tanah besar, kira kali pertama lah ni hahah. Mula - mula dapatkan tempat tinggal. Itu mudah saja, guna website trivago lah. Dapat lah apartment selesa 2 bilik, ada kolam mandi kecil dekat ground tu untuk anak main. Yang bagus nya rumah ni ada mesin basuh dan sabun basuh. Ada pulak tilam spare, cantek lah. 


bergambar sebelum naik

Pertama kali menyeberang laut menggunakan jambatan Pulau Pinang, pergh bangga gila tapi buat muka cool jer depan angel. Hahaha teruk lah orang jarang merayau ni. Angel ada ambil gambar dan video tapi tak minta sebab video dia panjang kan. Aktiviti pertama cari rumah penginapan guna google map jer. Sampai sana ambil kunci dan simpan beg. Lepas solat jamak, nak keluar lah cari nasi kandar kan. Tunjukkan dia kedai mamak ni okay tak, dia kata taknak kedai mamak tapi nak nasi kandar. Hadui kedai mamak tu nasi kandar lah. Last2 pergi makan kedai mamak Sup Hamid. Sedap lah sup kambing nya memang boleh repeat lagi ni. 


Panorama dari atas

Balik penginapan rehat - rehat sekejap terasa macam bazir pula malam tak keluar jalan - jalan, lagi pula boleh jamak qasar musafir kan. Pergi satu tempat yang kata nya meriah tapi tak tahu lah timing salah agaknya sebab tempat tu macam tengah renovate. Tak ada pula acara meriah masa round kat situ. Sambung lagi pergi Bayan Lepas dekat bandara tu. Singgah sekejap Komtar tapi masa tu dah nak dekat time tutup, boleh tengok saja lah orang kemas - kemas barang. Sempat lah beli baju untuk anak - anak. Makan lagi cha koay teow tu memang rasa Penang lah. Dah penat balik semula penginapan, tonton tv dan tidur. Rancang nya pagi esok nak ke Bukit Bendera. 

masuk studio marvel

Pagi - pagi lagi bersiap, sarapan beli bungkus jer. Naik Bukit Bendera dengan kereta kabel akhirnya dapat juga sampai salah satu tempat Tyco buat servicing fire alarm. Dapat tgk jambatan yang menyambungkan pulau dengan tanah besar. Panorama yang sangat indah dan momen yang menyenangkan.

Turun dari Bukit Bendera di situlah terus keluar dari pulau menuju tanah besar. Itu lah percutian terakhir sebelum Malaysia dan dunia dilanda musibah - Covid 19



ottantiff - lepas ni survey dulu nasi kandar mana yang best hahaha

Saturday, 11 September 2021

Adik beradik dan Tyco

 

pinjam gambar internet
Kompeni Tyco ni dia ada mengamalkan satu dasar - employee referral program. Banyak juga yang direfer, alhamdulillah dapat lah juga merasa insentif refer ni. Antara nya ada tiga orang adik beradik.

Pertama ialah adik ipar. Alhamdulillah attitude kerja baik dan gaji yang dia dapat pun molek. Tapi tak tau lah apa masalah nya bila nak raya jer dia buat hal tak datang kerja dan lari dari rumah lepas raya. Konon nak join bisnes fabrik bundle tapi sudah nya balik semula rumah dengan tak ada malu alah. Dan bermula dari situ hidup nya tak tentu arah. Adui payah, payah. 

Abdul Majid
Datang pula budak ni, adik beradik nombor lima yang nampak kerja kat kompeni tyco ni macam best dan berpotensi. Bermula dengan nak cuba masuk praktikal, dia ni yang bagus nya bawak kawan dia ramai - ramai sebab nak berkawan - kawan masa praktikal. sudah nya kawan dia diterima masuk, dia pulak terbuang tak ada tempat praktikal. Alahai mujur llah kompeni bilik sebelah, Daya OCI memang vacant dan nak pakai budak praktikal sebab praktikal ni cara mudah nak waive cukai dan dapat pekerja mahir dengan bayaran gaji yang murah. Tapi lepas praktikal, dia kena sambung balik belajar di Politeknik sana nu. Maka dia terlepas lah peluang nak melanjutkan hidup dan karier untuk bekerja dekat adik beradik lah kan. Payah, payah. 


Nur Syafiq
Konon nak tunggu lah Majid habis praktikal, simpan lah satu jawatan permulaan sebagai juruteknik operator di CFCR atau BCS untuk Majid. Takdir Allah lah kan, Majid ni terlibat kemalangan yang menyebabkan dia koma dua bulan dan pengajian dia tertangguh setahun. Setelah berusaha sedaya upaya, dapat lah dia sambung belajar dekat Politeknik Shah Alam. Dalam masa itu Syafiq ni pula cuba nak masuk Tyco, dengan jawaan sebagai juruteknik operator. Sebenar nya dia taknak kerja operator ni sebab rasa macam duduk saja, tak berkembang kan. Tapi atas dasar tak memilih kerja, sapu je lah dulu. 

Rezeki Syafiq agak nya, Manager Suria terperasan pula dan minta dia join team maintenance Suria KLCC. Eheh berbunga lah dia dapat kerja sistem kawalan dan sistem kebakaran sebagai juruteknik penyelenggaraan. Dari situ dia belajar banyak tentang kerja dengan tambahan ilmu dari sistem elektrik, membangkitkan semangat dia nak ambil kompetensi sebagai penjaga jentera elektrik. Orang panggil rezeki terpijak, kan. Semua itu kan aturan Allah. 

Parkson ni

Tapi Majid pula lain cerita nya. Dia memang cuba untuk dapatkan kerja di bahagian teknikal dan kejuruteraan tapi Allah dah atur dia untuk kerja di lapangan retailer. Kerja ni memang menekan otak tapi sesuai lah daripada dia guna fizikal dia yang dah sedikit melemah akibat kemalangan dulu. Dan dia pun sedang meniti tangga kerjaya dia yang rasa nya dah mula dikuasai. 

Apa - apa pun kena ingat bidang belajar bukan penentu arah kerjaya. Belajar sijil diploma ijazah ni nak melatih otak untuk terima tekanan, dapatkan cara akademik untk selesaikan masalah dan kemahiran analitik. Nanti dapat kerja gaul simen ke, fotokopi kertas ker terima je dulu. Bina kemahiran interpersonaliti, luaskan rangkaian dan elakkan bina permusuhan. 

ottantiff - silaturrahim kan rezeki?




Lengan yang besar

Pada tahun 2010 berlangsung lah perkahwinan adik perempuan seorang ni dengan seorang lelaki berlengan besar. Atau pun panggilan arus perdana - body builder. Entah dimana mereka bertemu, lelaki ini tentera tukang masak yang berasal dari Sarawak tapi dibesarkan di Pasir Mas. Abah dan ibu terpaksa lah terima sebab ini pilihan adik. 


Tak diduga rupa nya nya suami dia ni datang dengan pakej - beberapa orang anak tiri yang dah besar - besar dan gemuk - gemuk. Maka hiduplah dia di kuaters askar dengan anak - anak tiri nya yang berperangai kasar - tanggapan mereka abah mereka telah dirampas orang asing. Entah lah. 

Tapi Allah maha mengetehui, perkahwinan mereka tak bertahan lama. Dekat - dekat nak pencen, dia pergi ke Brunei konon nak jual batu permata kepada kerabat Raja Brunei. Tapi tak balik - balik ke KL. Risau kena aniaya dengan anak tiri, senyap - senyap keluar dari rumah dan mohon pindah ke Kelantan. Dan baru - baru ini dapat pesanan suara, lafza cerai. Adik rasa lega sangat sebab dia memang tak bertanggungjawab, banyak berhutang along, kuat main judi, pengikut ajaran khurafat tahyul, tapi disisi lain dia rajin tolong ibu abah, suka memasak dan dia memang kuat - sesuatu yang sebenar nya dia tak perasan sepanjang jadi isteri nya.

Mujurlah dia ni bukan jenis bukan aniaya pukul isteri atau buat loan atas nama isteri kalau tidak susah hidup adik ni. Susah nak tolong sebab lengan dia sebesar peha orang yang biasa, ataupun lebih besar lagi. Kerja dia attendent hospital, gaji tak besar mana pun. Tak apa lah sekarang dia hidup bebas dan rajin pergi balik. 

Kesimpulan nya jika nak cari jodoh untuk adik, carilah yang lebih lemah daripada adik beradik sebab jika dia buat hal senang kita tumbuk ramai - ramai dan campak ke dalam lombong sahaja. Betul ka?


ottantiff - tak pernah pukul orang 

Satu malam di Gombak - Dendam keturunan?

Tahun 1998 mula belajar di UTMKL, kerap juga pulang ke kampung atuk di Sg Mulia, Batu 4 Gombak. Kat rumah tu tinggal Pak Ngah, Acik Yah dan Atuk yang dah berusia 80 an. Pakngah yang hilang upaya kaki sejak kecil memang tak ke mana - mana. Dia mengajar mengaji budak2 pagi, petang dan malam. Acik Yah pula tak kahwin dan tak pernah tinggal tempat lain. Rutin nya memasak, memasak dan memasak sambil mendengar radio di dapur. Atuk pulak rutin orang tua lah, ke masjid, ke kebun dan masuk bilik lepak baca kitab. 

Rumah atuk ni macam istana hantu yang luas dan ada tiga tingkat. Tingkat 1 tempat semua aktiviti dan bilik pakngah, acik yah dan dapur. Tingkat bawah adalah bilik atuk yang terdiri dari tiga bilik. Atuk memang tinggal sendirian dalam bilik nya dan tidak bergaul dengan sesiapa. Tingkat atas sekali tiada sesiapa tinggal dan ada ruang tamu, 3 bilik dan satu ruang kosong. Ruang atas itu memang bertahun - tahun tidak diduduki. 

Satu malam kerana cuti sabtu ahad, mengambil peluang menziarahi rumah atuk bersama kawan yang sekarang ni dah hilang ke mana (nama nya Ahmad Rushdi bin Ramli) classmate sejak dari Sekolah Teknik Kemaman. Pakngah cakap tidurlah kat tingkat atas sebab ruang atas tu elok saja cuma dah bertahun2 tahun tak ada orang jejak kaki di atas tu lantai nya mungkin berhabuk sedikit. 

Berbekalkan tilam, dua bantal dan selimut bersama - sama Rushdi sebelum tidur test lampu kipas, berfungsi dengan baik dan cemerlang. Selepas berborak dengan Pakngah naik atas tutup lampu dan tidur. Esok nak solat subuh baik tidur awal, payah pula nak bangun subuh nanti. 

Kunang2 merah ada ke???
Tengah malam dalam gelap tal ada cahaya langsung, ternampak dua ekor kunang2 dua ekor dengan cahaya merah dekat siling. Elok pula dia duduk dua ekor macam dalam mata orang. Terasa pelik lantas kejutlah Rusdi dan tanya dia, eh pelik pula ada kunang - kunang warna merah. Dia tengok dan macam tergamam, dan suruh aku tidur. Terus tengok dan rasa, mungkin ni spesis istimewa yang jarang ditemui. Sambunglah tidur sampai pagi besok. Tapi sepanjang malam memang tak ada kejadian misteri pun.

Ini kunang - kunang
Cerita ini tak pernah dikisahkan kepada sesiapa dan sampailah beberapa tahun bersama abah, diceritakan kembali tentang Rusdi yang lucu takut kunang - kunang merah dan baru terperasan, cerita ini sepatut nya bukan cerita lucu. Abah baru nak buka cerita pasal kisah perseteruan nya dengan hantu atas siling yang konsisten menampar muka nya setiap malam. Perkara itu berlanjutan bertahun - tahun menyebabkan abah rasa sangat marah. Suatu malam sebelum sempat hantu atas siling tu menampar abah, abah bagi satu penerajang atas muka nya dan itu lha kali terakhir hantu atas siling ganggu abah. 

Masa tu terdetik juga lah agak nya hantu atas siling tu nak ganggu anak cucu nya pulak tapi tengok perangai masuk air anak nya dia pun batalkan lah malam tu sebab nanti kena penedang sekali lagi macam dulu, tak pasal - pasal ada lah hantu yang masuk hospital nanti ahahaahaha.

ottantiff - sudah - sudah lah tu hantu oi.