Wednesday, 4 May 2016

Belajar lah anakku

Ini lah Tadika anak

Sudah menjadi rutin untuk menghantar Nuh setiap hari ke pusat pengajian pra sekolah. Lewat ke pintu pagar sambil melirik pandangan separa gatal ke teacher2 Nuh. Sebahagian daripada P&P adalah aktiviti lawatan ke Paya Indah Wetland. Maka bersedia lah untuk mendengar cerita2 Nuh sekembali dari lawatan ini. 

Selain daripada itu waktu malam adalah waktu untuk pengajian Iqra' yang dikawalselia secara sendirian berhad. Ada lah beberapa anak jiran2 jauh dan dekat datang menggabungkan diri mereka. ALhamdulillah rumah tak adalah sunyi sangat dan dapat lah meneruskan legasi Haji Karim dan Pak Ngah Gombak dalam tradisi menyebarkan ilmu Al Quran. 


ottantiff - mengajar dan belajar

No comments: