Keluar sebentar menuju ke pusat pengajian sepenuh masa untuk membuat sedikit kajian berkaitan dengan talian rs 485. Namun hasrat itu terpaksa ditangguh demi kerana hal kerjaya yang mesti diselesaikan. Usai menyelesaikan baki makanan di pinggan, perjalanan untuk mengambil tren ke tapak kerja diganggu oleh keindahan panorama butik butik telefon mudah alih. Sekadar mencuci mata.
Perjalanan sekali lagi terganggu oleh penangguhan tak terjadual oleh perkhidmatan tren rapid. Tetapi kegusaran terubat dengan panorama gunung ganang bergerak dan hawa dingin yang sempurna. Alhamdulillah penyelenggaraan pantas berjaya menggerakkan kembali tren bermotor dc ini.
Ottantiff - biar lambat asal tak lembab
No comments:
Post a Comment