Thursday, 28 July 2016

Resepi Mee Goreng Special

Gambar ihsan maggi.my

Tanya lah Isteri







ottantiff - rahsia angel, rahsia ibu

God Speed: Wan Muhammad Fakhrul Zaman

Memperoleh peluang kedua adalah satu tanda tuhan memberi peluang untuk memperbaiki dan memajukan diri ke arah yang lebih baik. Tapi bagaimana jika sudah mendapat peluang kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam .. ke infinti dan masih juga berada dalam keseronokan khayalan.
Ramai nya rakyat di timur sana berpendapat teman hati sebagai pengganti ibubapa nya. Oh maaf jika semua nya berfikir sedemikian kerna maksud sebenar kebersamaan nya selama beberapa tahun yang lepas adalah untuk memberi peluang kepada beliau membina kehidupan baru dilubuk rezki lembah klang.

Tak mengapa lah beliau sudah kembali ke tempat asal jiwa nya. Tak hingin lagi mengambil tahu hal nya dan tak perlu lagi menghadap busuk pakaian tak terbasuh, rokok yang dihisap merata, kerja selenggara motor di ruang letak kereta dan sifat fakir meminta - minta duit untuk membeli petrol yang mengundang bebelan hebat teman hati.

Walaubagaimanapun tak terdetik hati untuk memohon keburukan malah dipanjat doa menggunung untuk nya - God Speed bro!

Kejam terhadap yang zalim.

Melanjutkan perkhidmatan di arena kemanduran ini membuatkan akal dan kemahiran kejuruteraan menjadi semakin mundur. Ditambah pula dengan ketidakmahiran di bidang dialog, kerja pengawasan 'anak buah' tidak setepat yang diharapkan. Takdir Allah, kebanyakan mereka yang patuh walaupun jarak usia tidak berbeza mana. Walaubagaimanapun lapangan ini diuji juga dengan kehadiran seseorang yang agak waja buatan kepala nya dan sikap yang seperti air sungai yang keruh, sukar diduga. Setahun berlalu dengan tiada apa- apa perubahan, keputusan pihak pengurusan yang agak mengejutkan berlaku. Rupanya gerak geri beliau diperhati pihak atasan, mengundang tindakan yang agak kurang menyenangkan meskipun pada pandangan sendiri ia lebih kepada usaha menyelamat pasukan dan karier beliau. Tetapi ia lebih dilihat beliau sebagai usaha membunuh kemajuannya.

Ya, pandangan memang berbeza jika dilihat 1000 meter dari daratan bagi seekor ikan kembung, seekor kerbau berbanding seekor burung. Bagi ikan jika daratan itu ada air ini peluang untuk berenang meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh. Bagi burung ini adalah peluang baginya untuk terbang lebih tinggi. Tapi bagi seekor kerbau ini memang hendak membunuhnya. Terpulanglah, masing- masing ada visi dan misi. Nasihat teguran pandang yang diberi tidak mampu memakan jiwa dan hati, bersedialah untuk memakan penyesalan yang mungkin tak dapat diundurkan. Tidak semua orang ada peluang kedua. Jika mendapat peluang kedua, jangan diharap kemudian akan datang peluang ketiga, keempat, kelima ...

ottantiff - dalam semak ada duri

Sunday, 12 June 2016

Puasa 2016.

Bulan puasa menjelang lagi. Banyak sungguh aktiviti yang mesti dipenuhi, mahu tak mahu sebelum raya mesti lah selesai. Penulisan lapuran akhir yang sesungguh nya mesti disiapkan selewat2 pertengahan bulan puasa. Begitu juga laporan eksekutif kerja yang mana data- data nya hanya boleh didapati di awal bulan baru, walhal hari pertama bulan baru adalah hari terakhir kerja sebelum balik kampung. Ada juga kerja rekabentuk yang nak kena diserahkan sebutharga nya sebelum habis raya.

Dalam kalut ribut itu jika dipegang satu2 kerja insya Allah boleh selesai. Sememangnya prestij dan gaya yang hebat itu boleh didapati dengan sedikit sentuhan bersungguh2 dalam masa beberapa jam sahaja. Semoga Allah memberikan keberkatan usaha2 yang kecil ini dengan rahmat nya yang tak terkira. Amin ya rab!

ottantiff - bak kata En Ezmil, yang penting keberlagakan tu!

Wednesday, 4 May 2016

Belajar lah anakku

Ini lah Tadika anak

Sudah menjadi rutin untuk menghantar Nuh setiap hari ke pusat pengajian pra sekolah. Lewat ke pintu pagar sambil melirik pandangan separa gatal ke teacher2 Nuh. Sebahagian daripada P&P adalah aktiviti lawatan ke Paya Indah Wetland. Maka bersedia lah untuk mendengar cerita2 Nuh sekembali dari lawatan ini. 

Selain daripada itu waktu malam adalah waktu untuk pengajian Iqra' yang dikawalselia secara sendirian berhad. Ada lah beberapa anak jiran2 jauh dan dekat datang menggabungkan diri mereka. ALhamdulillah rumah tak adalah sunyi sangat dan dapat lah meneruskan legasi Haji Karim dan Pak Ngah Gombak dalam tradisi menyebarkan ilmu Al Quran. 


ottantiff - mengajar dan belajar