Melanjutkan perkhidmatan di arena kemanduran ini membuatkan akal dan kemahiran kejuruteraan menjadi semakin mundur. Ditambah pula dengan ketidakmahiran di bidang dialog, kerja pengawasan 'anak buah' tidak setepat yang diharapkan. Takdir Allah, kebanyakan mereka yang patuh walaupun jarak usia tidak berbeza mana. Walaubagaimanapun lapangan ini diuji juga dengan kehadiran seseorang yang agak waja buatan kepala nya dan sikap yang seperti air sungai yang keruh, sukar diduga. Setahun berlalu dengan tiada apa- apa perubahan, keputusan pihak pengurusan yang agak mengejutkan berlaku. Rupanya gerak geri beliau diperhati pihak atasan, mengundang tindakan yang agak kurang menyenangkan meskipun pada pandangan sendiri ia lebih kepada usaha menyelamat pasukan dan karier beliau. Tetapi ia lebih dilihat beliau sebagai usaha membunuh kemajuannya.
Ya, pandangan memang berbeza jika dilihat 1000 meter dari daratan bagi seekor ikan kembung, seekor kerbau berbanding seekor burung. Bagi ikan jika daratan itu ada air ini peluang untuk berenang meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh. Bagi burung ini adalah peluang baginya untuk terbang lebih tinggi. Tapi bagi seekor kerbau ini memang hendak membunuhnya. Terpulanglah, masing- masing ada visi dan misi. Nasihat teguran pandang yang diberi tidak mampu memakan jiwa dan hati, bersedialah untuk memakan penyesalan yang mungkin tak dapat diundurkan. Tidak semua orang ada peluang kedua. Jika mendapat peluang kedua, jangan diharap kemudian akan datang peluang ketiga, keempat, kelima ...
ottantiff - dalam semak ada duri
No comments:
Post a Comment