Sabtu pertama december 2018, bersama isteri dan anak-anak berhujung minggu di Movie Animation Park, Ipoh. Seawal jam 12 tengahari sampai di tempat letak kereta. Tiket telah dibeli awal oleh rakan maktab isteri. Terima kasih kepada beliau dan suami.
Aktiviti dimulai dengan memasuki muzium tiga dimensi.
Bukan main seronok lain lagi anak terutama lepas tengok hasil gambar nya. Hahaha.
Kemudian masuk pula kembara keretapi dalam rumah hantu. Tapi disebabkan sebok duk tembak hantu sampai lupa nak ambik gambar.
Tapi disebabkan banyak nya pelawat, kebanyakan aktiviti kena beratur panjang. Sabar je lah. Ada juga yang tutup sebab kerja naik taraf.
Malam hari ada can masuk panggung 4D. Movie Boboi Boy. Bukan main seronok lagi anak-anak. Teruja!
Aktiviti akhir sebelum balik tengok aksi stunt drift.
Ada drift, ada drama tu.
Habis masa balik ler kami ke hotel. Perjalanan tambah lagi sejam. Hotel kami kat Lumut. Sabar je lah
Ottantiff - penat tapi seronok.
No comments:
Post a Comment