Sunday, 16 December 2018

Paku dulang paku serpih

Pemimpin - satu amanah yang rasa nya bukan seronok untuk dipikul. Dari segi keistimewaan layanan dan kelonggaran untuk menjalankan kerja akar umbi, memang lah cool. Tapi jika akar umbi tak jalankan kerja akar umbi, maka pemimpin terpaksa menggunakan satu skil yang kita panggil 'sembang dan bincang.' 

Ada juga pemimpin yang gemar marah - marah dan bengang benda yang padahal dia sendiri pun buat. Kekadang geng akar umbi ni tak paham apa yang pemimpin ni buat ada counter - measure dengan overtime yang dia tak dapat, masa bersama yang terganti dan tanggungjawab yang agak annoying. Hahah. 

Tapi sekali sekala nak kena juga layan imaginasi nakal rakan - rakan akar umbi yang selalu ingat pemimpin ni duk opis goyang kaki gosip artis dan cukup time balik. Kasihani lah pemimpin yang duk tergolek dok cari celah kut boleh create overtime dan dalam masa yang sama duk jaga hati pelanggan yang minta macam - macam benda yang bertaraf teknologi Stark Industries. Hahah lagi. 

Wednesday, 12 December 2018

Merayap - bersama isteri dan anak.

Sabtu pertama december 2018, bersama isteri dan anak-anak berhujung minggu di Movie Animation Park, Ipoh. Seawal jam 12 tengahari sampai di tempat letak kereta. Tiket telah dibeli awal oleh rakan maktab isteri. Terima kasih kepada beliau dan suami.

Aktiviti dimulai dengan memasuki muzium tiga dimensi.








Bukan main seronok lain lagi anak terutama lepas tengok hasil gambar nya. Hahaha.

Kemudian masuk pula kembara keretapi dalam rumah hantu. Tapi disebabkan sebok duk tembak hantu sampai lupa nak ambik gambar.

Tapi disebabkan banyak nya pelawat, kebanyakan aktiviti kena beratur panjang. Sabar je lah. Ada juga yang tutup sebab kerja naik taraf.

Malam hari ada can masuk panggung 4D. Movie Boboi Boy. Bukan main seronok lagi anak-anak. Teruja!

Aktiviti akhir sebelum balik tengok aksi stunt drift.





Ada drift, ada drama tu.
Habis masa balik ler kami ke hotel. Perjalanan tambah lagi sejam. Hotel kami kat Lumut. Sabar je lah

Ottantiff - penat tapi seronok.

Tuesday, 11 December 2018

Jagung dan serai.

Hari ini menanam jagung,
hari esok menanam serai;
hari ini kita berkampung,
hari esok kita bercerai.

Hidup ini tidak lebih dari satu episod pertemuan dan perpisahan. Bermula dari pertemuan dengan ibu tercinta. Pelbagai kisah pertemuan dan perpisahan akan dihidangkan. Tuk nenek, sahabat taulan, adik beradik dan ada juga dengan pasangan jiwa. Jika tidak perpisahan sementara, ada juga yang bersifat selama nya.

Namun tak perlu lah beria - ia sangat untuk bergembira atau bersedih dengan pertemuan atau perpisahan. Kawal lah organ dalaman itu. Ada pertemuan yang patut diteruskan, ada perpisahan yang patut diteruskan. Perjalanan hidup ini tidak lah panjang, nikmati lah pertemuan dan perpisahan ini. Ada banyak lagi umat manusia yang kita boleh hubungkan silaturrahim. Dalam masa yang sama, jaga lah hubungan yang sedia ada.

Hayat yang ada tidak lah semata - mata untuk berkekalan dengan seorang manusia sahaja. Ada jua pihak yang lain untuk dipertemukan. Dari ibu bapa, adik beradik, isteri dan anak - anak. Tak lupa juga jiran, jemaah masjid, rakan kerja dan anak buah. Orang - orang susah untuk dibantu, orang - orang senang untuk dipelajari, ulama - ulama untuk didampingi. Sama kaum, berlainan kaum. Sama negeri dan berlainan negeri. Malah berlainan negara.

Pertemuan dan perpisahan boleh ditimbangkan sebagai nikmat - nikmat dalam kehidupan. Bersantun lah bila menghadapi nya

ottantiff - rindu bonda di kampung, lama tak bertemu.

Monday, 5 February 2018

Tahun baru, cabaran baru

mengerjakan tugasan sebab satu pihak lagi tak buat apa yang patut dibuat. berkejaran mencari info maklumat dan lukisan pelan. harap tak terlambat untuk semua tu. kursus keselamatan pun tak dibuat. sesakali rasa macam nak menafikan kewujudan mereka di muka bumi ini.