Wednesday, 10 July 2024

Belakang Lu

Masa berkhidmat di kompeni Amerika dulu, dapat lah bos dari Australia yang boleh dikatakan keras pengurusan nya, tetapi sesuai lah dengan profil kompeni kejuruteraan yang menjaga sistem automasi dan pencegahan kebakaran menara berkembar petronas yang gah itu.
14 tahun bersama dengan kompeni ni bukan sedikit cerita yang boleh dikisahkan.




 Salah satu daripada kisah itu adalah bila mana rakan mengapi-apikan semangat member untuk jumpa bos menuntut keadilan tentang gaji, bonus, kebajikan pekerja, hal penyelia yang tidak adil dan macam-macam lah. Takpe bro, kau pergi dulu kami sokong di belakang. Jumpa dulu bos nanti kita ramai-ramai sokong. 

Hari kejadian, bila member dapat temujanji jumpa bos nak suarakan tak puas hati, penentangan, sekor haram pun rakan yang kunun nya nak bagi sokongan muncul di belakang. 

Hasil pertemuan ialah, member tu dicop sebagai pembangkang dan menanggung akibat tak naik pangkat, increment sikit, blacklist bla bla bla. Rakan yang lain lepas tangan. 

Cerita ni berulang dalam setiap kompeni yang lain. Jangan lah harap orang lain untuk membela nasib. Rakan-rakan kerja ni dapat yang baik, alhamdulillah. Tapi sentiasa lah berhati-hati jangan mudah termakan kata-kata pembakar semangat nak berperang dengan penyelia. Cakap lah elok-elok mewakili diri sendiri saja. 




Apa-apa pun ini semua cerita pahit manis bertugas. Dengan kompeni public listed sudah. Sendirian berhad sudah. International pun sudah. Sikit lagi jer nak kena pergi Singapura dulu. Sekarang kompeni GLC. Corak rakan kerja sama saja. 

 ottantiff - macam tu la dari dulu

Friday, 14 June 2024

Bosan

 Kadang - kadang rasa hidup yang dilalui ini yang tak main game komputer, tak tengok tv, tak terlibat dengan sukan, tak lepak mamak dengan kawan, tak aktif bertiktok fb instagram, tak melancong, tak pergi ride ke lemang tokki atau air buah dFlora Setiu macam bosan kan. 

So kita load semua tu kat anak-anak semua. Kita bagi dia pergi tahfiz, masuk taekwondo, main boling, masuk hafazan. Cuti kita bawak dia mandi sungai, mandi kolam, berjalan ke mana saja diorang nak. Kadang ada cerita kartun best bawak tengok wayang. Sabtu Ahad memang tak lekat kat rumah. Ada duit ke takde duit ke, kita jalan. Alah takde duit, umi nya ada duit hahahah. Join sekali diorang lah kan walaupun kopak. 

Aktiviti macam ni memang penting. Bagi anak rasa bersama kita. Nanti barulah nak berseronok tak cari kawan. Nanti bahasa melayu, bahasa inggeris barulah ada idea nak buat karangan. Nanti kalu kawan ajak main boling takdelah asek ke longkang kan.


Ha ni gamba zaman Budak Aesy belum lepak dalam perut umi nya. 


ottantiff - sukan tak pandai belaka

Thursday, 13 June 2024

Bersedia untuk operasi penuh di malam hari jadi ke 44

Macam - macam lah persediaan yang dibuat untuk bersedia operasi 24 jam. 

Sebelum full operation baik kita bergambar raya. Tahun depan belum tentu dapat berkumpul macam ni. Tapi tu lah geng baru masuk lepas raya kan. Tak cukup korum. Pakat pakai baju kacak belaka padahal hari photoshoot masih lagi berpuasa. 
Nak kena pastikan comm dengan masjid padu, kita bawa lah vendor meter tu cuba produk baru dia. Bawak masuk masjid, lupa pula minta mem tu pakai tudung. Tapi dia pakai sopan lah. Mujur imam tak komplen. Syukur testing berjaya, lepas ni ada cahaya dari masjid. 
Skuter EV dah ada, round check plant guna guna EV lah. Tak berasap, caj jer nak pakai selama mana pun tak ada hal lah. Cuma tak boleh lah pergi lah luar kompaun, skuter EV ni datang dengan lampu polis kat box belakang. 
Ambik bacaan tahap oksigen kat kawasan ruang terkurung pula. Bacaan okay tapi ada potensi untuk lemas sebab kawasan ada paip air kan. Bacaan gas memang memenuhi kriteria ICOP. 

Malam harijadi malam jumaat kita cuba caj TES tank tengok boleh dapat berapa pukul 5 pagi nanti. Semoga berjalan lancar lah, isnin raya haji dah ni.