Thursday, 29 December 2022

Jumaat terakhir bekerja, Selasa menjejak tahun baru.

 Ehehe sedar tak sedar dah nak hujung tahun ya. Apa yang dah dicapai sepanjang tahun 2022. 

1. Alhamdulillah dah berjaya hantar master final year project ke portal universiti, tetapi masih belum complete sebab kena buat presentation slide untuk panel pemeriksa. 

2. Sebelum tu sertai kursus internal combustion engine engineer tapi tak daftar lagi exam sebab kalut dengan pertukaran kerja baru.

3. tahun 2022 juga ada sertai kursus baca piping and instrumentation diagram drawing di Terengganu, banyak ilmu dapat tapi tak tau lah boleh implement ke tak kat kerja.

4. berjaya dapat permanent position di GDCP tapi sayang nya, Oct 2022 resign dan join PNB Merdeka Venture

5. berjaya join PNB Merdeka Venture, lawan kepada kejayaan dpt permanent kat GDCP

6. Berjaya masukkan duit raya anak - anak ke akaun tabung haji masing - masing selain daftar akaun TH baby baru ya, start menabung untuk umrah.

7. Bawak ibu abah bercuti kat Melaka 3 hari, full support. 


Apa pula yang nak disempurnakan tahun depan ya...?

1. Tingkatkan simpanan TH dgn pelaburan ASB, buka akaun isteri lah kan

2. Ambil interview Ts, Ir, AESP dan Safety Green Book. Join kursus bahasa inggeris free yg disediakan jabatan.

3. Nak siapkan kondo isteri, target Feb 2023 dah start jalan homestay. Skrg ni duk bayar saja.

4. Isya Subuh kat surau berjemaah dgn anak dua ketul tu ha, baca hadis dan quran setiap hari di rumah.

5. Bercuti di Sabah dan Thailand

6. Cari kerja dan rumah baru untuk adik sorg ni aduhai. 

Hasrat, cita - cita dan niat tu banyak. Buat list dan cuba dapatkan. Bila tgk list tu banyak check, baru lah kita reti bersyukur. Dan berusaha nak check apa yg masih uncheck. Takdir kan ada dua jenis. 

Kerjaya baru, fungsi sama

Kerja disini dengan tugas penjaga District Cooling System (DCS) dan servis yang besar ini memerlukan kakitangan yang agak ramai. Alhamdulillah nampak nya pengurusan memilih individu berpengalaman untuk menyertai kumpulan utiliti, ditambah pula dengan kenalan yang hebat - hebat.

Menara jam 8 pagi

Sementara menantikan Menara Merdeka ini siap, site visit kawasan - kawasan yang ada kena mengena dengan servis dan berkenalan dengan geng site office seperti engineer, chargeman, mech tech dan kakak kawasan. Jumpa juga dengan konsultant, main con dan wakil syarikat. 

Sebenarnya tak sabar nak menantikan bangunan ini siap dan beroperasi sepenuhnya. Bangunan berprestij, paling tinggi di Malaysia dimiliki oleh syarikat pelaburan paling top. harap suku pertama tahun depan boleh lah jalankan mesin chiller. 

Sementara belum beroperasi lagi, eloklah ambil skim latihan percuma syarikat dan belajar selok belok sistem yang bakal jadi anak anak ni kan. Nanti bila dah beroperasi penuh, dah tau apa perangai dan sakit pening mesin. 

ottantif - hahahaha

Wednesday, 2 November 2022

Akhir perjalanan bersama Gas District Cooling Putrajaya Plant 1

 Pertemuan dan perpisahan. Tak sangka keluar juga dari syarikat besar berprestij ini. Tiga tahun melayar bahtera mengutip ilmu pengalaman berharga dari rakan sekerja dari pelbagai lapangan - penjaga jentera, jurudandang, jurutera dandang, jurutera pembakaran dalaman, juruteknik lapangan, juruteknik mekanik putaran, elektrik, instrument dan sebagai nya. Dipimpin oleh pengurus yang jujur ikhlas dan berpengalaman.

Apakan daya masa mencemburui kita, sampai masa kena gerak juga demi kelangsungan hidup dan arena baru. Jasa - jasa yang tak terlupakan, ditemani rakan rakan yang hebat, alhamdulillah. 

Tuesday, 31 May 2022

Hari raya penuh kejutan

 Tahun ni dek kerana nak sampai kampung cepat, angel nak anak bermalam di hotel pulse grande berdekatan tempat kerja. Rancangnya lepas habis kerja malam, tidur sampai waktu check out dan terus pulang ke Kota Jembal. Seperti yang dirancang, lepas check ut terus meluncur laju ke Kelantan. Ada la pit stop sikit sebab ada seorang tu nak dah terberak dalam seluar. Campur dengan berbuka puasa kat Merapoh. Dekat jam 3 pagi juga mendarat di rumah. 

Hari pertama berbuka puasa di kampung dikejutkan dengan ketiadaan bekalan air mencapai tiga hari. Terpaksa lah cuci baju di dobi dan mandi rumah makcik merangkap. Teruk betul lah. Bila lah Kelantan nak selesai isu air ni.

Malam pertama berbuka puasa dengan harapan esok puasa lagi. TV pula siarkan Mohor Besar Raja2 - esok raya. Kelam kabut lah tapi ibu abah boleh relaks sebab dah beli barang basah awal. Cuma daging lembu sahaja tak sampai2 sehingga jam 3 hari raya. 

Hari raya pula dikejutkan dengan berita ibu lupa basuh daging yang dibuat rendang walaupun ikut hukum halal tapi kembang ekak. Eh lagi sedap dari daging basuh pula. 

Hari raya kedua macam biasa ziarah kak cik di Kubang Kerian. Lepas tu sebok nak pergi bergambar kat Nami Island. Eh diorang ni taknak ziarah abang dia dekat Pasir Mas ke? Dah beberapa kali ingatkan tapi diorang cakap tunggu jemputan. Nak beraya kena jemput juga ke?

Hari raya ketiga ziarah makcik dekat Kampung Laut. Ni pun pelik juga sebab taknak juga ziarah abang nya dekat Pasir Mas. Dah peringat beberapa kali. Last2 telefon dekat2 Maghrib. Tak angkat. Semua berkeras taknak pergi. Korang ni dah kenapa. Hm suka hati lah, abang korang kan. 

Akhir nya sampai ke sudah tak pergi ziarah abang nya. Tahu lah punca rasa tak suka itu sebab mentaliti kakak ipar yang tak betul steering dan abang korang yang kua lipat duit arwah ayah tapi korang sekarang dah besar, berkerjaya. Hm entah lah.