Ottantiff - Sekadar Catatan Kisah Hidup ku
Catatan perjalanan hidup yang tak tersusun mengikut garis masa. Menulis bila teringat dan rajin.
Wednesday, 10 July 2024
Belakang Lu
Friday, 14 June 2024
Bosan
Kadang - kadang rasa hidup yang dilalui ini yang tak main game komputer, tak tengok tv, tak terlibat dengan sukan, tak lepak mamak dengan kawan, tak aktif bertiktok fb instagram, tak melancong, tak pergi ride ke lemang tokki atau air buah dFlora Setiu macam bosan kan.
So kita load semua tu kat anak-anak semua. Kita bagi dia pergi tahfiz, masuk taekwondo, main boling, masuk hafazan. Cuti kita bawak dia mandi sungai, mandi kolam, berjalan ke mana saja diorang nak. Kadang ada cerita kartun best bawak tengok wayang. Sabtu Ahad memang tak lekat kat rumah. Ada duit ke takde duit ke, kita jalan. Alah takde duit, umi nya ada duit hahahah. Join sekali diorang lah kan walaupun kopak.
Aktiviti macam ni memang penting. Bagi anak rasa bersama kita. Nanti barulah nak berseronok tak cari kawan. Nanti bahasa melayu, bahasa inggeris barulah ada idea nak buat karangan. Nanti kalu kawan ajak main boling takdelah asek ke longkang kan.
Ha ni gamba zaman Budak Aesy belum lepak dalam perut umi nya.
ottantiff - sukan tak pandai belaka
Thursday, 13 June 2024
Bersedia untuk operasi penuh di malam hari jadi ke 44
Macam - macam lah persediaan yang dibuat untuk bersedia operasi 24 jam.
Sebelum full operation baik kita bergambar raya. Tahun depan belum tentu dapat berkumpul macam ni. Tapi tu lah geng baru masuk lepas raya kan. Tak cukup korum. Pakat pakai baju kacak belaka padahal hari photoshoot masih lagi berpuasa.Nak kena pastikan comm dengan masjid padu, kita bawa lah vendor meter tu cuba produk baru dia. Bawak masuk masjid, lupa pula minta mem tu pakai tudung. Tapi dia pakai sopan lah. Mujur imam tak komplen. Syukur testing berjaya, lepas ni ada cahaya dari masjid.
Skuter EV dah ada, round check plant guna guna EV lah. Tak berasap, caj jer nak pakai selama mana pun tak ada hal lah. Cuma tak boleh lah pergi lah luar kompaun, skuter EV ni datang dengan lampu polis kat box belakang.
Ambik bacaan tahap oksigen kat kawasan ruang terkurung pula. Bacaan okay tapi ada potensi untuk lemas sebab kawasan ada paip air kan. Bacaan gas memang memenuhi kriteria ICOP.
Malam harijadi malam jumaat kita cuba caj TES tank tengok boleh dapat berapa pukul 5 pagi nanti. Semoga berjalan lancar lah, isnin raya haji dah ni.
Saturday, 2 December 2023
Jauh di mata, dekat dihati
Sedutan cerita anak-anak yah & leman.
Nak buat camno kan abah nya bila pencen + tamat khidmat dgn keretapi, dia nak pindah balik Klatey jaga arwah Wo of the World.
Anak2 nya masa tu 4 orang kerja di Klatey. Duk Klatey bulih berkebun, bela ayam itik kan. Bila dua orang lagi anok jatey last tu dah habis belajar cari kerja duk KL jugak.
Tapi takdir aturan Allah kan, Moktih dpt tukar Spita KB. Alhamdulillah boleh lah tengokkan ibu abah disana (vice versa). Kita jauh sini bulih lah pukul talipon (ayat muloh Wo) tanya kabar. Gitu lah kita org hok duk jauh ni.
Harap nya ibu abah sehat sokmo lah. Walau pun jauh dimata tapi dihati duk teringat sokmo.
ottantiff - sekadar coretan
Thursday, 23 November 2023
Ulangtahun ke 12 kita, angelku.
Jarang2 angel duk cerita kisah duka dia sejak kehilangan mok ayoh dalam hampir serentak. Mulanya dia dan dua adik nya di lempar sana sini sebab tak sanggup nak tumpangkan rumah masing2 sampai ler abang no 3 ambil dan duduk bersama (sebab masa tu beliau ke Bkt Jalil ada pesta sukan).
Wednesday, 4 January 2023
Lost & found, find & lost
It has been a while before i come back to work in Kuala Lumpur city center. Since 2018 i stopped travelling to Kuala Lumpur by bike because of my spine issues. I commute to KL using LRT Kelana Line or Ampang Line. Since then, i don't know how KL road is changed.
Today an old friend invites me for lunch at Kampung Baru after 4 years. Encik Mohamad Zaid, my former supervisor and mentor. Lunch and chat after 4 years, lot of stories coming out from both of us. He is still unemployed since 2019 and actively looking for a job. However, he is not quiet still and took a job as a wireman, doing house cabling works. Then i proceed to Sentul motorbike center, but i lost due to road changes and closure. 1 hour on the motorbike and finally arrived there, just to purchase new raincoat.
I don't understand why i can lost my way to there, but lot of roads closure and changes happened in the past 4 years back. There there, i managed to arrive location and get back to headquarters. Another happy ending.
I hope my old friends and mentor manage to find better career after his lost in retrenchment program. And i hope can still find my way back home while Kuala Lumpur still in development.
Thursday, 29 December 2022
Jumaat terakhir bekerja, Selasa menjejak tahun baru.
Ehehe sedar tak sedar dah nak hujung tahun ya. Apa yang dah dicapai sepanjang tahun 2022.
1. Alhamdulillah dah berjaya hantar master final year project ke portal universiti, tetapi masih belum complete sebab kena buat presentation slide untuk panel pemeriksa.
2. Sebelum tu sertai kursus internal combustion engine engineer tapi tak daftar lagi exam sebab kalut dengan pertukaran kerja baru.
3. tahun 2022 juga ada sertai kursus baca piping and instrumentation diagram drawing di Terengganu, banyak ilmu dapat tapi tak tau lah boleh implement ke tak kat kerja.
4. berjaya dapat permanent position di GDCP tapi sayang nya, Oct 2022 resign dan join PNB Merdeka Venture
5. berjaya join PNB Merdeka Venture, lawan kepada kejayaan dpt permanent kat GDCP
6. Berjaya masukkan duit raya anak - anak ke akaun tabung haji masing - masing selain daftar akaun TH baby baru ya, start menabung untuk umrah.
7. Bawak ibu abah bercuti kat Melaka 3 hari, full support.
Apa pula yang nak disempurnakan tahun depan ya...?
1. Tingkatkan simpanan TH dgn pelaburan ASB, buka akaun isteri lah kan
2. Ambil interview Ts, Ir, AESP dan Safety Green Book. Join kursus bahasa inggeris free yg disediakan jabatan.
3. Nak siapkan kondo isteri, target Feb 2023 dah start jalan homestay. Skrg ni duk bayar saja.
4. Isya Subuh kat surau berjemaah dgn anak dua ketul tu ha, baca hadis dan quran setiap hari di rumah.
5. Bercuti di Sabah dan Thailand
6. Cari kerja dan rumah baru untuk adik sorg ni aduhai.
Hasrat, cita - cita dan niat tu banyak. Buat list dan cuba dapatkan. Bila tgk list tu banyak check, baru lah kita reti bersyukur. Dan berusaha nak check apa yg masih uncheck. Takdir kan ada dua jenis.
Kerjaya baru, fungsi sama
Kerja disini dengan tugas penjaga District Cooling System (DCS) dan servis yang besar ini memerlukan kakitangan yang agak ramai. Alhamdulillah nampak nya pengurusan memilih individu berpengalaman untuk menyertai kumpulan utiliti, ditambah pula dengan kenalan yang hebat - hebat.
Menara jam 8 pagi |
Sementara menantikan Menara Merdeka ini siap, site visit kawasan - kawasan yang ada kena mengena dengan servis dan berkenalan dengan geng site office seperti engineer, chargeman, mech tech dan kakak kawasan. Jumpa juga dengan konsultant, main con dan wakil syarikat.
Sebenarnya tak sabar nak menantikan bangunan ini siap dan beroperasi sepenuhnya. Bangunan berprestij, paling tinggi di Malaysia dimiliki oleh syarikat pelaburan paling top. harap suku pertama tahun depan boleh lah jalankan mesin chiller.
Sementara belum beroperasi lagi, eloklah ambil skim latihan percuma syarikat dan belajar selok belok sistem yang bakal jadi anak anak ni kan. Nanti bila dah beroperasi penuh, dah tau apa perangai dan sakit pening mesin.
ottantif - hahahaha