Hidup kita ini singkat, sebenar nya. Manfaatkan usia kita untuk beri yang terbaik kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Mengenali Ir Cik Sal, OM semasa interview untuk jawatan Executive Operation Plant 1. Seterus nya bekerja dibawah seliaan beliau. Beliau memang seorang yang warak dan mengutamakan kerja yang betul. Tidak pernah berhenti untuk memotivasikan pekerja dibawah seliaan beliau untuk memajukan diri dan bekerja kerana Allah.
Beliau sangat gembira apabila mengetahui saya sedang mengambil pengajian separuh masa peringkat sarjana. Beliau juga menawarkan diri untuk menjadi penyelia untuk Jurutera Kompeten Berdaftar dibawah kelolaan Lembaga Jurutera. Tapi tak sempat nak menyempurnakan sebab tak faham perjalanan pendaftaran. Saya berhenti dari GDC, beliau sokong. Ajarkan apa saja yang saya perlu di luar sana.
Tiba- tiba mendapat berita sedih. Allah ambil beliau di usia yang pada saya, masih gagah. Tapi Allah memang jaga beliau. Terus hilang dari pandangan. Ke negeri akhirat yang abadi.
Terima kasih kerana percaya dan sokong saya. Terima kasih kerana nasihat berguna baik dari segi agama, akademik, karier dan kehidupan. Saya takkan lupakan Cik Sal. Tenang lah Cik Sal di negeri akhirat.
