Monday, 17 November 2025

Mengenang arwah X OM Kami - Ir Salsiyah Rahmat

 Hidup kita ini singkat, sebenar nya. Manfaatkan usia kita untuk beri yang terbaik kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. 

Mengenali Ir Cik Sal, OM semasa interview untuk jawatan Executive Operation Plant 1. Seterus nya bekerja dibawah seliaan beliau. Beliau memang seorang yang warak dan mengutamakan kerja yang betul. Tidak pernah berhenti untuk memotivasikan pekerja dibawah seliaan beliau untuk memajukan diri dan bekerja kerana Allah. 

Beliau sangat gembira apabila mengetahui saya sedang mengambil pengajian separuh masa peringkat sarjana.  Beliau juga menawarkan diri untuk menjadi penyelia untuk Jurutera Kompeten Berdaftar dibawah kelolaan Lembaga Jurutera. Tapi tak sempat nak menyempurnakan sebab tak faham perjalanan pendaftaran. Saya berhenti dari GDC, beliau sokong. Ajarkan apa saja yang saya perlu di luar sana. 

Tiba- tiba mendapat berita sedih. Allah ambil beliau di usia yang pada saya, masih gagah. Tapi Allah memang jaga beliau. Terus hilang dari pandangan. Ke negeri akhirat yang abadi. 

Terima kasih kerana percaya dan sokong saya. Terima kasih kerana nasihat berguna baik dari segi agama, akademik, karier dan kehidupan. Saya takkan lupakan Cik Sal. Tenang lah Cik Sal di negeri akhirat. 



Wednesday, 10 July 2024

Belakang Lu

Masa berkhidmat di kompeni Amerika dulu, dapat lah bos dari Australia yang boleh dikatakan keras pengurusan nya, tetapi sesuai lah dengan profil kompeni kejuruteraan yang menjaga sistem automasi dan pencegahan kebakaran menara berkembar petronas yang gah itu.
14 tahun bersama dengan kompeni ni bukan sedikit cerita yang boleh dikisahkan.




 Salah satu daripada kisah itu adalah bila mana rakan mengapi-apikan semangat member untuk jumpa bos menuntut keadilan tentang gaji, bonus, kebajikan pekerja, hal penyelia yang tidak adil dan macam-macam lah. Takpe bro, kau pergi dulu kami sokong di belakang. Jumpa dulu bos nanti kita ramai-ramai sokong. 

Hari kejadian, bila member dapat temujanji jumpa bos nak suarakan tak puas hati, penentangan, sekor haram pun rakan yang kunun nya nak bagi sokongan muncul di belakang. 

Hasil pertemuan ialah, member tu dicop sebagai pembangkang dan menanggung akibat tak naik pangkat, increment sikit, blacklist bla bla bla. Rakan yang lain lepas tangan. 

Cerita ni berulang dalam setiap kompeni yang lain. Jangan lah harap orang lain untuk membela nasib. Rakan-rakan kerja ni dapat yang baik, alhamdulillah. Tapi sentiasa lah berhati-hati jangan mudah termakan kata-kata pembakar semangat nak berperang dengan penyelia. Cakap lah elok-elok mewakili diri sendiri saja. 




Apa-apa pun ini semua cerita pahit manis bertugas. Dengan kompeni public listed sudah. Sendirian berhad sudah. International pun sudah. Sikit lagi jer nak kena pergi Singapura dulu. Sekarang kompeni GLC. Corak rakan kerja sama saja. 

 ottantiff - macam tu la dari dulu

Friday, 14 June 2024

Bosan

 Kadang - kadang rasa hidup yang dilalui ini yang tak main game komputer, tak tengok tv, tak terlibat dengan sukan, tak lepak mamak dengan kawan, tak aktif bertiktok fb instagram, tak melancong, tak pergi ride ke lemang tokki atau air buah dFlora Setiu macam bosan kan. 

So kita load semua tu kat anak-anak semua. Kita bagi dia pergi tahfiz, masuk taekwondo, main boling, masuk hafazan. Cuti kita bawak dia mandi sungai, mandi kolam, berjalan ke mana saja diorang nak. Kadang ada cerita kartun best bawak tengok wayang. Sabtu Ahad memang tak lekat kat rumah. Ada duit ke takde duit ke, kita jalan. Alah takde duit, umi nya ada duit hahahah. Join sekali diorang lah kan walaupun kopak. 

Aktiviti macam ni memang penting. Bagi anak rasa bersama kita. Nanti barulah nak berseronok tak cari kawan. Nanti bahasa melayu, bahasa inggeris barulah ada idea nak buat karangan. Nanti kalu kawan ajak main boling takdelah asek ke longkang kan.


Ha ni gamba zaman Budak Aesy belum lepak dalam perut umi nya. 


ottantiff - sukan tak pandai belaka

Thursday, 13 June 2024

Bersedia untuk operasi penuh di malam hari jadi ke 44

Macam - macam lah persediaan yang dibuat untuk bersedia operasi 24 jam. 

Sebelum full operation baik kita bergambar raya. Tahun depan belum tentu dapat berkumpul macam ni. Tapi tu lah geng baru masuk lepas raya kan. Tak cukup korum. Pakat pakai baju kacak belaka padahal hari photoshoot masih lagi berpuasa. 
Nak kena pastikan comm dengan masjid padu, kita bawa lah vendor meter tu cuba produk baru dia. Bawak masuk masjid, lupa pula minta mem tu pakai tudung. Tapi dia pakai sopan lah. Mujur imam tak komplen. Syukur testing berjaya, lepas ni ada cahaya dari masjid. 
Skuter EV dah ada, round check plant guna guna EV lah. Tak berasap, caj jer nak pakai selama mana pun tak ada hal lah. Cuma tak boleh lah pergi lah luar kompaun, skuter EV ni datang dengan lampu polis kat box belakang. 
Ambik bacaan tahap oksigen kat kawasan ruang terkurung pula. Bacaan okay tapi ada potensi untuk lemas sebab kawasan ada paip air kan. Bacaan gas memang memenuhi kriteria ICOP. 

Malam harijadi malam jumaat kita cuba caj TES tank tengok boleh dapat berapa pukul 5 pagi nanti. Semoga berjalan lancar lah, isnin raya haji dah ni.

Saturday, 2 December 2023

Jauh di mata, dekat dihati

 Sedutan cerita anak-anak yah & leman.

Nak buat camno kan abah nya bila pencen + tamat khidmat dgn keretapi, dia nak pindah balik Klatey jaga arwah Wo of the World. 

Anak2 nya masa tu 4 orang kerja di Klatey. Duk Klatey bulih berkebun, bela ayam itik kan. Bila dua orang lagi anok jatey last tu dah habis belajar cari kerja duk KL jugak. 

Tapi takdir aturan Allah kan, Moktih dpt tukar Spita KB. Alhamdulillah boleh lah tengokkan ibu abah disana (vice versa). Kita jauh sini bulih lah pukul talipon (ayat muloh Wo) tanya kabar. Gitu lah kita org hok duk jauh ni.

Harap nya ibu abah sehat sokmo lah. Walau pun jauh dimata tapi dihati duk teringat sokmo.

ottantiff - sekadar coretan

Thursday, 23 November 2023

Ulangtahun ke 12 kita, angelku.

Jarang2 angel duk cerita kisah duka dia sejak kehilangan mok ayoh dalam hampir serentak. Mulanya dia dan dua adik nya di lempar sana sini sebab tak sanggup nak tumpangkan rumah masing2 sampai ler abang no 3 ambil dan duduk bersama (sebab masa tu beliau ke Bkt Jalil ada pesta sukan).

Duduk dgn ibu bapa ni tak sama feel duduk dgn org kan. Campur pula dgn abg2 yg dah tak mau ambil port dgn adik2 yg yatim piatu ni sebab diorg kan ada anak bini yg nak kena jaga. Faham ler tu. Benda itu lah yg membentuk jati diri utk jiwa yg lebih keras.
Alhamdulillah skrg dah hidup dgn kerjaya, anak yg membesar, ada harta sikit2. Jgn lah lupa abg kakak yg ajak berteduh sama di kala mereka pun sebenar nya nyawa2 ikan masa tu. Biar lah org yg tak buat apa2 nak claim kredit sebab nak nafi rasa sesal, kang nanti mati mata terbuka payah gak kan. Mereka lupa tu yang orang lain pun ada mata telinga.

Yang penting kita dah 16 tahun kawin walaupun feel mcm baru semalam kenal. Semoga kita akan terus bercinta hingga kita berdua ke kubur.



ottantiff - Silent lover, watcher and keeper.

Wednesday, 4 January 2023

Lost & found, find & lost

It has been a while before i come back to work in Kuala Lumpur city center. Since 2018 i stopped travelling to Kuala Lumpur by bike because of my spine issues. I commute to KL using LRT Kelana Line or Ampang Line. Since then, i don't know how KL road is changed. 


Today an old friend invites me for lunch at Kampung Baru after 4 years. Encik Mohamad Zaid, my former supervisor and mentor. Lunch and chat after 4 years, lot of stories coming out from both of us. He is still unemployed since 2019 and actively looking for a job. However, he is not quiet still and took a job as a wireman, doing house cabling works. Then i proceed to Sentul motorbike center, but i lost due to road changes and closure. 1 hour on the motorbike and finally arrived there, just to purchase new raincoat. 

I don't understand why i can lost my way to there, but lot of roads closure and changes happened in the past 4 years back. There there, i managed to arrive location and get back to headquarters. Another happy ending. 

I hope my old friends and mentor manage to find better career after his lost in retrenchment program. And i hope can still find my way back home while Kuala Lumpur still in development.